in

Mesej Tersirat Lagu Anta Permana Menceritakan Datuk Seri Siti Nurhaliza Nak Bersara?

Anta Permana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini lagu terbaru yang berjudul Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat sambutan hangat sejurus ia dilancarkan di iTunes pada minggu lepas. Bahkan lagu ciptaan Hael Husaini ini juga kerap bermain di corong-corong radio tempatan.


Namun begitu, ada sedikit keistimewaan lagu ini berbanding dengan lagu-lagu hit beliau yang sebelumnya. Ada ura-ura mengatakan bahawa ia mempunyai maksud tersirat yang menceritakan bahawa Siti ingin mengucapkan selamat tinggal pada industri seni tanah air. Betul ke? Jom kita amati perkongsian daripada Alan Al Padat ini.

 

Anta Permana : Lagu ucap selamat tinggal Siti Nurhaliza buat industri seni negara?

Antapermana

Untuk pengetahuan, lagu Anta Permana ini merupakan hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Anta Permana ini merupakan frasa Melayu Klasik yang membawa maksud Tidak Terkira. Lagu yang mempunyai gabungan muzik moden dan klasik ini ternyata mendapat penerimaan baik oleh pendengar di Malaysia.

 

Terdetik keraguan melihatkan bait-baik lirik lagu ini

Antapermana2

Lagu ini mendapat sambutan hangat, sehingga melonjak naik berada di tangga pertama iTunes Malaysia. Namun, di sebalik melodi yang rancak, ada mesej tersirat yang melambangkan rasa pilu dan sayu.

Andai bintang kan tak lagi berseri,
Janji kasih yang takkan terkhianati,
Andai habis nafas ku yang terakhir masih ku cinta,
Biar dikenang budi kasih dan sayang,
Biar biarkan cinta anta permana.

 

Bagaikan ditulis khas untuk melangkapkan satu ucap perpisahan

Antapermana3

Menurut perkongsian ini, andai kata Siti betul-betul ingin bersara, ia bukanlah satu perkara mustahil kerana beliau memiliki segalanya sepanjang penglibatannya selama 22 tahun dalam industri seni tempatan.

 

“Andai habis nafasku yang terakhir, masih ku cinta, kerna ku pasti, kau tiada pengganti”

Antapermana4
Sumber : twitter

Hmm, memang betul juga apa yang dikatakan tu, tapi apa yang admin pernah dengar sewaktu penyampai radio interview Hael Husaini, dia cuba untuk hasilkan lagu ini sebab ingin cuba bekerjasama dengan Datuk Siti.

Korang rasa ini satu kebetulan ke? Atau memang maksud tersirat yang cuba disampaikan ini memang betul? Entah lah, apa pun Team Lobak Merah memang selalu support Datuk Siti.

Baca: Bayi Yang Dinanti-Nantikan Ramai Orang! Ini 7 Perkara Tentang Baby Tokti Yang Korang kena Tahu

Babytokti

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.