Pasti semua yang bersekolah di sekolah harian pernah terlibat dalam acara sukan merentas desa yang merupakan acara tahunan.
Sukan itu juga kebiasaanya akan berlangsung di awal tahun dan ia melibatkan semua pelajar. Namun, bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, kebiasaanya mereka akan dinasihatkan untuk tidak turut serta dalam acara tersebut.

Sebelum ini, tular di laman media sosial mengenai seorang pelajar lelaki yang maut setelah dia menyertai dalam latihan merentas desa.
Menurut Harian Metro, kes kematian yang melibatkan pelajar tersebut adalah mati mengejut.
Namun, di laman Twitter, ada pihak yang memberi pandangan dan sebab kenapa sukan merentas desa ini perlu dihentikan.
Tolong hentikan merentas desa ni!
Dari dulu penulis tak pernah gemar dengan acara merentas desa.
Bayangkan budak yang sudah lama tidak ada latihan fizikal, secara tiba-tiba, pada suatu hari akan dipaksa berlari belasan kilometer.
Ramai pelajar yang badan mereka tidak kuat dan pic.twitter.com/36gKEA4efI— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 14, 2020
Menurut @Mynewshub.tv, acara merentas desa ini kebiasannya berlaku setahun sekali. Jadi apabila masuk sahaja tahun baru, acara ini akan berlangsung dan ramai pelajar yang tidak bersedia. Oleh yang demikian, mereka secara tidak langsung terpaksa berlari berbelas-belas kilometer.
Tambahnya lagi, badan pelajar-pelajar tersebut adalah tidak bersedia dan tidak kuat untuk menghadapi larian berkenaan.
Peliknya semua pelajar dipaksa menyertai rentas desa.”
Selain itu, dia turut berkata bahawa merentas desa ini juga berbahaya kerana pelajar terpaksa berlari di sekitar tepi jalan raya di mana tempat kenderaan lalu lintas.
Walaupun ada guru-guru yang menjaga dan mengawasi keadaan sekeliling, namun, bukannya semua checkpoint ada guru yang diletakkan.
Ada juga pelajar yang kelihatan berlari berseorangan. Pada masa kini, ia amat berbahaya kerana jenayah boleh berlaku bila-bila masa dan di mana jua.
Namun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangannya ini. Mereka berpendapat bahawa acara sukan merentas desa tetap perlu di teruskan seperti biasa.
Mana ada cikgu paksa pelajar lari?

Jangan pengaruh pelajar dengan perkara tak betul.

Eh seronok lah acara merentas desa ni. Dulu min tiap tahun mesti dapat top 5.