in

“Mereka ‘tendang’ kami keluar” – Satu Keluarga Dihalau & Banned Dari Naik Flight Seumur Hidup Lepas Anak Umur 2 Tahun Tak Mahu Pakai Mask

Dik Tlg Pakai Mask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi suatu kebiasaan dan juga kewajipan bagi kita memakai pelitup muka kalau ingin keluar dari rumah sejak musim COVID 19 melanda. Malah kebanyakan premis atau kawasan di luar sana tidak akan menerima pengunjung yang enggan mengenakan mask kerana bimbang akan penularan wabak tersebut.


Walau bagaimanapun, tidak semua orang selesa memakai pelitup muka tambahan pulak kanak-kanak. Perkara ini nampaknya telah memberi masalah besar buat satu pasangan ibu bapa di New Jersey oleh kerana tingkah laku anak mereka tersebut.

Menerusi perkongsian Daily Mail, sepasang suami isteri baru-baru ini telah ‘ditendang keluar’ dari sebuah pesawat penerbangan oleh kerana anak mereka yang berusia 2 tahun enggan memakai mask. 

36791690 9048759 Image M 74 1607882058145

Ibu muda tersebut, Eliz Oban menerusi video yang dikongsikan di Instagram pada Jumaat lalu telah memaparkan situasi yang dialaminya bersama suami dan anak bernama Edeline ketika mereka dipaksa keluar dari pesawat tersebut.

Kami ‘ditendang keluar’ kerana anak kami berusia 2 tahun tak mahu pakai mask,” katanya yang ingin ke Colorado dari Newark, New Jersey.

Tambahnya lagi, mereka juga telah di’banned’ daripada menaiki syarikat penerbangan tersebut selama-lamanya oleh kerana tindakan anak yang berusia 2 tahun tersebut. 

 

“Kami tak boleh paksa dia pakai mask” 

Menerusi video tersebut dapat dilihat anak mereka, Edeline yang bersedih kerana tidak mahu memakai pelitup muka. Beberapa ketika kemudian, seorang staf penerbangan datang kepada mereka dan meminta keluarga tersebut turun daripada penerbangan berkenaan.

“Hello encik. Saya terpaksa minta encik ambil barangan peribadi dan keluar daripada pesawat ini,” kata staf penerbangan.

“Awak melawak kan. Kenapa? Kami kat sini tengah pegang mask ini dekat muka dia,” jawab suami Eliz.

36791676 9048759 Image A 55 1607881661429

Walau bagaimanapun, staf terbabit tidak menghiraukan penjelasan suami Eliz yang memberitahu mereka tak boleh paksa anak mereka pakai mask tersebut kerana kanak-kanak itu akan menangis.

Yo Tak Pakai Mask

Keluarga tersebut katanya kemudian pulang ke rumah semula selepas kejadian itu dan terpaksa menunggu tempoh dua hari sebelum bagasi mereka dikembalikan semula kerana ia tidak dikeluarkan semasa mereka dipaksa keluar dari pesawat terbabit.

Pun begitu dalam satu kenyataan daripada syarikat penerbangan tersebut mereka menjelaskan bahawa keluarga itu tidak akan di’banned’ daripada menaiki syarikat penerbangan berkenaan selama-lamanya seperti yang digembar-gemburkan.

Haih… memanglah kan kena ikut SOP tapi kalau budak-budak buat perangai nak buat macam mana ye. 

Baca: “Memang patut pun” – Sudahlah Tak Pakai Mask Lepas Tu Meludah Pula Dekat Orang, Wanita Biadap Kena Tolak Keluar Bas

Bas

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.