in

“Mereka tak nak yang bertongkat” – Shahriza Mahmud Sedih Dipinggir Dari Industri

syaz ft 2025 08 22T172026.921

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon senior, Shahriza Mahmud luahkan kekecewaannya apabila beliau merasa seakan dipinggirkan dari industri hiburan selepas menghidap penyakit serius dan tidak secergas dulu.

Beliau kini terpaksa bertongkat selepas menghidap slip disc hingga menghimpit urat sarafnya, dia juga mengharapkan tawaran berlakon sebagai pendapatan utama, malangnya tiada pihak yang prihatin dengan nasibnya.


Artikel berkaitan: Dua Pelakon Kantoi Berc*molot Dalam Photobooth Di Sebuah Mall Di KL

Artikel berkaitan: Pelakon Popular Era 80-an, Dharma Harun Makin Kurus Berat Hanya 45kg

“Ada juga tawaran, tapi bila saya cakap pakai tongkat boleh tak, mereka terus tak nak. Mereka nak yang boleh berjalan, boleh berlari semua, kan.

Namun syukur juga, Januari lalu saya berlakon satu telefilem. Itu pun, saya ambil sebab penerbit cakap tiada babak berlari dan jalan, cuma duduk saja.

Tapi kena bergerak juga. Telefilem ini dah ditayangkan bulan lalu. Memang saya nak sangat berlakon sebab sekarang berniaga pun sakit. Mana yang ada semua, hutang dah bertambah-tambah,” katanya.

Shahriza yang terkenal melalui drama seperti Memori Berarak Jingga dan Dejavu Di Kinabalu itu juga berkongsi dia mempunyai banyak hutang dan mahu mengurangkan hutang yang ditanggung.

Sebagai info, Shahriza pernah dijangkiti kencing tikus pada Januari 2022 berkata, dia dan suami, Saddiq Raffali, 44, berdepan ujian mencari rezeki bagi menyara kehidupan serta membiayai kos rawatan penyakitnya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.