in

“Menyusahkan orang betul!!” – Polis Jejak Lelaki Rohingya ‘Hilang’ Dari Pusat Kuarantin

Rohingya 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak Covid-19 masih belum hilang lagi, selagi vaksin belum ditemui orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan dan mula untuk menyesuaikan diri dengan norma kehidupan yang baru.


Setiap individu yang telah menjalankan ujian saringan untuk Covid-19 perlulah menjalani kuarantin selama 14 hari bagi memastikan diri sudah bebas daripada virus ini.

Namun, seorang lelaki warga asing dipercayai telah melarikan diri dari pusat kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Perak, lapor Sinar.

Kini, polis menjejaki lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Rohim Mohd Zokoria berketurunan Rohingya apabila kehilangannya disedari oleh petugas kesihatan di pusat kuarantin berkenaan.

R1

Ciri-ciri lelaki tersebut ialah berbadan tegap dengan anggaran berat 65 kg, berambut hitam pendek lurus dan tinggi antara 165 hingga 168 cm.

Rohingya 1 2

Pada awalnya, lelaki berkenaan dihantar ke pusat kuarantin selama 14 hari selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya.

Suspek yang menyatakan dari Sentul, Kuala Lumpur dimasukkan ke Hospital Slim River selepas mempunyai simptom Covid-19 iaitu sesak nafas.

R2

Hasil saringan awal mendapati lelaki berkenaan negatif daripada wabak tersebut.

Namun, apabila di pusat kuarantin tersebut, lelaki berkenaan masih belum menjalani saringan awal. Tiada butiran lanjut diperoleh apabila suspek datang tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Baca : “Dah la bulan puasa, kena kejar kau pulak” – Warga Asing ‘Lari’ Daripada Frontliner Lepas Disuruh Buat Ujian Covid-19

Rohingya

 

Sumber: Sinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.