Korang semua mesti ingat dengan filem Tentang Bulan yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2006 dulu kan?
Kisah tentang 5 sahabat yang menjalani perjalanan suka duka di kampung dengan perangai masing-masing yang unik dan tersendiri.
Macam yang korang tahu, salah seorang budak bandar yang baru pindah dekat kampung dorang, Zurina ni memang cantik dan menjadi kegilaan tiga budak lelaki, Mawi, Ketot dan Budi.
Kalau korang ingat, dalam cerita ni, ada part Gemuk cuba nak luahkan perasaan dia pada Zurina dengan lukis “Zurina I ♥ U” pada badannya tapi sekali bapa Zurina yang bukak tingkap. Scene ni menjadi salah satu scene yang diingati dalam filem ni.
So, salah seorang pengguna twitter @_affaaa buat keputusan untuk cabar teman lelakinya recreate balik scene ni. Yang bestnya, bf dia sahut cabaran dia tapi dengan syarat…
Mungkin ramai pengguna Twitter, nak tengok sama ada betul ke teman lelaki Affa ni sanggup buat benda ni, dan mengejutkan, tweet Affa ni, berjaya dapat 5k retweet tau walaupun perjanjian asal hanya minta 2k je.
“Aku menyesal sebab sahut cabaran Affa”
Disebabkan tweet Affa dah mencecah lebih 5k RT, teman lelaki Affa yang menggunakan nama Jezul di Twitter “terpaksa” membuat cabaran ini.
Hasilnya…
Bukan je lelaki ni tiru cara penulisan dalam cerita tentang bulan, warna baju dan seluar yang Gemuk pakai pun dia tiru jugak! Effort ?
Selain admin yang terhibur dengan kesungguhan lelaki ni sahut cabaran girlfriend dia, netizen pun turut sama puji tau.
Hahaha, walaupun keboroian perut tak sama, dia tetap win hoccayyy
Baca: Fatin Afeefa Dakwa Perkahwinan Musnah Kerana ‘Sihir Pemisah’ Dihantar Oleh Seseorang