in

Menyamar Jadi Peguam Dan Menang 26 Kes, Lelaki Kenya Ini Akhirnya Kantoi

1peguam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki di Kenya yang menyamar menjadi seorang peguam telah ditahan. Sebelum beliau ditangkap, Brian Mwenda telah berjaya memenangi 26 kes pembelaan di mahkamah rayuan serta mahkamah tinggi.

Rahsia Mwenda terbongkar hanya selepas pihak polis menerima beberapa aduan dari orang awam. Perkara ini telah membawa kepada penahanannya baru-baru ini.


Screenshot 2023 10 21 at 12.24.38 PM

Walau bagaimanapun, pihak kehakiman di Kenya tidak curiga dengan keupayaan Mwenda sebagai ‘peguam’ sehingga penahanannya. Ini dibuktikan dengan kejayaannya membela anak guam dalam satu tempoh yang lama.

Memetik laporan Harian Metro, Persatuan Undang-Undang Kenya berkata, Mwenda mengakses portal persatuan itu secara haram dan mengubah maklumat serta memuat naik fotonya kepada sebuah akaun yang mempunyai nama sama sepertinya.

Artikel berkaitan:  “Nama buah, buahnya tak ada” – Pelanggan Heret Kafe Terkemuka Ke Mahkamah, Tuntut RM24 Juta!

Artikel berkaitan: Lelaki Berlakon Sakit Jantung 20 Kali Untuk Elak Bayar Bil Restoran Akhirnya Ditangkap

Pihak persatuan percaya, Mwenda melakukan ini untuk mendaftarkan dirinya secara ‘sah’ bagi menjalankan urusan pembelaan yang melibatkan seorang peguam.

Pihak persatuan juga telah melakukan mesyuarat tergempar dan mendapati Mwenda telah mencuri identiti seorang peguam lain dengan nama yang sama dengannya iaitu Brian Mwenda Ntwiga.

Mereka menambah bahawa selepas mesyuarat tergempar, persatuan mendapati yang Mwenda mencuri identiti seorang peguam yang mempunyai nama sama dengannya iaitu Brian Mwenda Ntwiga.

Brian Mwenda Ntwiga berdaftar dengan Badan Peguam pada 5 Ogos 2022, dan emel sebenarnya digunakan untuk mendaftar keahlian dalam portal peguam bela.

Ntwiga bagaimanapun mengesahkan beliau tidak pernah memohon Sijil Amalan Guaman ketika itu kerana berkhidmat di Pejabat Peguam Negara.

Namun, pada September 2023, apabila Ntwiga mahu mengaktifkan profilnya dalam portal itu bagi memohon Sijil Amalan Guaman, beliau tidak boleh lagi mengakses portal itu.

Screenshot 2023 10 21 at 12.24.16 PM

Pasukan Tindakan Pantas Persatuan Undang-Undang Kenya cawangan Nairobi telah menahan lelaki yang menyamar sebagai peguam itu dengn tuduhan pemalsuan identiti.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.