in

Menu Sahur Paling Senang & Sedap! Nasi Goreng ‘Bodoh’ Makan Panas-panas Dengan Ikan Masin.

Menu Bersahur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada orang waktu sahur dia panaskan je balik lauk berbuka semalam tu. Ada orang suka masak and makan makanan fresh panas panas. Tapi kadang-kadang rasa renyah nak masak lauk beria-ia kan? Haa ni dia admin bagi menu sahur paling senang dan sedap untuk korang!



The menu is nasi goreng! Memang ada macam macam jenis nasi goreng. Nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng sardin dan macam macamlah.

Menu admin ni nama dia nasi goreng ‘bodoh’. Kepada yang tak pernah dengar tu, nasi goreng ni dinamakan macam tu sebab senang sangat sangat sangat cara buat. Meh admin bagitau.

Nasi Goreng
sumber: facebook

 

Bahan-bahan:

Nasi putih

Bawang merah/bawang besar

Garam

Minyak

 

Cara memasak:

1. Hiris bawang senipis yang boleh. Ikut korang nak letak bawang banyak mana.

2. Bila minyak dah panas, tumiskan bawang yang dah dihiris.

3. Masukkan nasi putih dan taburkan garam ikut rasa yang anda suka. Kalau suka rasa masin masin sikit, letak lebih.

4. Gaul sebati dan siap!

SENANG KAN?!!! Nak lagi sedap?

Makan sekali dengan ikan masin. Mengikut pengalaman admin, ikan masin paling ngam dimakan dengan nasi goreng ni is ikan masin gelama. Senang je, gorengkan ikan masin sampai garing. Lepas tu tumis bawang merah dan cili padi. Bila siap tu taburkan je atas ikan masin. So, ikan masin tu rangup je makan panas panas.

Ikan Masin1
sumber: blog

Dah la nasi goreng panas, ikan masin pun fresh baru lepas goreng. Dua-dua ni bila disatukan confirm buat korang bertambah! Percayalah cakap admin. Nasi goreng ni dia rasa berlemak sikit. Ada orang suka tambah telur dan ada juga yang tambah cili padi. Kalau admin, ambil je cili padi dekat ikan masin tadi tu.

Selamat mencuba!

Baca: 3 Menu Viral Paling Simple Untuk Bulan Puasa. Sedap Sangat, Korang KENA Cuba!

Menu Buka Puasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.