Era media sosial ini, sesiapa sahaja boleh memuatnaik apa-apa hantaran di mana-mana platform selagi ianya tidak melanggar sensitiviti, namun ada juga individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan media sosial sebagai salah satu cara untuk mengganggu orang lain.
Pelakon dan pengacara Harris Alif mendedahkan dia sering diganggu dan digoda wanita menerusi direct message (DM) di media sosial miliknya.
Artikel berkaitan: Dikhabarkan Sedang Hamil Anak Sulung, Intan Ladyana & Suami Positif Covid-19
Artikel berkaitan: Akaun FB Pusat Khidmat DUN Kijang Digodam, Penuh Gambar Bukan-bukan
Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi mendedahkan percubaan sebegitu juga sebenarnya semakin menjadi-jadi sejak dia mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Intan Ladyana.
View this post on Instagram
“Semestinya adalah kan tapi ia berbalik pada diri sendirilah. Kalau saya kuat untuk menangkis semua benda tu insya-Allah tak ada apa-apalah. Tapi gangguan itu ada menerusi DM (mesej langsung).
Menjadi-jadi pula godaan selepas sudah kahwin. Suami orang mereka kata bertanggungjawab. Saya ambil konsep jangan terlalu melayan. Kalau terlalu melayan kan nanti jadi masalah juga.
Saya pun sedar diri saya ini suami orang jadi kena kawal sendirilah,” katanya.
Pengacara rancangan M-Pop itu juga berkongsi dia berdepan bentuk gangguan yang sangat tidak menyenangkan di media sosial, termasuk kiriman foto yang tidak senonoh dan keterlaluan.
“Gambar macam-macam, mengucaplah kalau tengok. Memang tak sedap mata memandanglah orang kata, lagi-lagi perempuan. Tak adalah setiap hari tapi boleh kata kerap jugalah.
Seram-seram saya ‘delete’ saja. Takkan nak tengok dan simpan gambar-gambar itu,” katanya lagi.
Harris berkata dia sentiasa berkongsi dengan Intan perihal gangguan begitu dan isterinya pun sangat memahami kerana sama-sama orang industri.
Sebagai info, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Evie, 2, dan Umayr yang kini berusia sembilan bulan.
Sumber: Harian Metro