Setiap kali kita pergi pasar raya macam Lotus’s, Aeon, Mydin atau Giant, mesti kita akan nampak ada beberapa biji troli di kawasan parkir sebab ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab yang tak kembalikan semula troli tu ke tempat asalnya.
Tak faham betul jenis orang macam ni, sebab tindakan mereka ni sudah jelas boleh menyusahkan orang lain.
Namun, tahukah anda, ada beberapa sebab mengapa pengunjung pasar raya ni malas nak kembalikan semula troli tadi ke tempat asalnya?
Menurut laman web Mental Floss, Krystal D’Costa pernah mengkaji beberapa sebab yang masuk akal mengapa perkara ini terjadi dalam satu artikelnya untuk Scientific American.
#1 Pengguna troli ada anak kecil, jadi mereka enggan tinggalkan anak mereka keseorangan ketika mereka kembalikan troli
Betul jugak tu, lebih-lebih lagi kalau si ibu tu keluar sendiri dengan anak tanpa suami. Takut jugak kalau dorang kena tinggalkan anak dalam kereta kan.
#2 Tempat kembalikan troli jauh dengan kereta mereka
Kalau orang guna alasan ni, memang maksudnya dorang tu pemalas la kan.
#3 Sengaja tinggalkan troli untuk mudahkan pengguna seterusnya gunakannya pula
Ada juga yang sengaja tinggalkan troli tersebut di tempat parkir supaya pengunjung pasar raya yang datang selepas mereka tak perlu ambil troli lain.
Tapi kalau letak macam ni, mungkin akan susahkan orang lain yang nak parking kat situ la pulak kan.
#4 Cuaca buruk
Sesetengah orang pula memang berniat nak kembalikan semula troli pasar raya, tapi tiba-tiba pula hujan lebat beserta angin kencang.
Jadi, cuaca yang buruk menyukarkan mereka untuk berjalan menolak troli ke tempat asalnya. Logik jugak tu kan.
#5 Mereka memiliki ketidakupayaan yang menyukarkan mereka untuk berjalan
Mungkin juga ada individu OKU yang sukar untuk berjalan semula ke kawasan troli, jadi ini memaksa mereka untuk tinggalkan troli itu di kawasan parkir.
#6 Sengaja tinggalkan troli di parking sebab mereka rasa tugas mengutip troli adalah pekerja di pasar raya itu
Memang setiap pasar raya atau pusat beli belah ada ramai pekerja, namun kita kena ingat tugas utama mereka bukanlah untuk hantar troli pelanggan ke tempat asal.
https://www.facebook.com/petuaibudotcom/photos/a.1056003697767867/5159528717415324/
Apa salahnya kalau kita mudahkan tugas mereka kan.
Manakala, individu yang sering pulangkan semula troli beli belah ke tempat asalnya pula dikatakan berbuat demikian akibat tekanan sosial.
Ini bermaksud mereka lakukannya sebab takut dipandang serong oleh orang lain di kawasan itu.
Jadi, adakah anda tergolong dalam golongan orang yang malas nak hantar semula troli beli belah ni ke tempat asalnya?
Jika jawapannya adalah ya, ingat, lepas ni, rajin-rajinkan lah letak semula troli ni di tempat asalnya supaya tak menyusahkan orang lain.
Sumber: Mental Floss, Scientific American