in

Menetap Di Bawah Jambatan Bersama 7 Beranak, Ini Kisah Bekas Pengaman PBB

Cover 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik Covid-19 bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, malah ramai daripada kita yang terpaksa hidup dalam kesempitan gara-gara kehilangan punca pendapatan.


Suria Mohamad, 59, ialah seorang bekas pengaman Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada dahulu kala. Namun, kini dia menetap di bawah sebuah jambatan di Loke Yew bersama isteri dan lima anaknya kerana kesempitan hidup.

2 9

4 6

Kisah ini dikongsikan oleh sumber dalam satu video yang dimuat naik di Facebook.

Dalam video tersebut, sumber mendedahkan Suria dan keluarga menetap di bawah jambatan dengan berdindingkan papan lapis dan tanpa bumbung semenjak November 2019. Dedah Suria, dia tidak mampu untuk menyewa rumah yang lebih sempurna.

Sebelum ini, Suria pernah bekerja sebagai penjual buah dan menetap di rumah flat Sri Sabah bersama keluarga mertua. Namun, dia terpaksa membawa isteri dan anak-anak menetap di bawah jambatan kerana penghuni rumah telah melebihi 13 orang.

5 4

3 8

Suria mendedahkan dia tidak menerima apa-apa bentuk bantuan sebelum ini. Lebih memilukan, anak-anaknya sering sakit dan dia tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk membayar bil perubatan.

“Tak patut anak duduk sini, tapi apakan daya saya tak mampu. Saya buat cara tak mampu la”, ujar Suria.

Sambung Suria, kos untuk bil elektrik dan air kebiasannya akan dibantu oleh orang sekeliling yang simpati dengan nasibnya sekeluarga.

Buat anda yang mahu membantu keluarga ini, boleh salurkan bantuan kepada nombor akaun yang tertera.

1 11

 

Kredit: Malaysian Gazette

BACA: “Sampai bila nak duduk rumah?” – Kes Covid-19 Naik Balik, Netizen Luah Rasa Bimbang

Capture 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.