in

Menarik! Runners Kongsi ‘Pace’ Larian, Ramai Nak Try Tapi Bila Tengokkan Jarak Larian Tu…

Fi Pace

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang suka running, jogging atau cycling ni mesti concern dengan pace korang kan? Lebih-lebih lagi kalau yang jenis betul-betul serius nak sihat tu. Tak boleh lah sehari jarak 10km esok pula 1.5km jarak rentas desa sekolah rendah je. Tak cantik lah rekod kan?


Sekarang ni macam-macam aplikasi yang boleh kita guna untuk jejak berapa jauh jarak kita berlari atau berbasikal. Kemudahan GPS dalam telefon pintar kita sekarang dah memudahkan kita untuk rancang jarak perjalanan larian atau kayuhan kita.

Tambahan pula, ada aplikasi yang boleh rekod pencapaian kita bersukan, ada improvement ke tidak, apa progress kita dan siap sediakan challenge harian lagi! Contohnya aplikasi yang banyak digunakan oleh golongan hobi berlari dan berbasikal; Strava ni.

Melalui perkongsian seorang fitness instructor, Tyra di laman Twitternya ini, bukan setakat rekod je, korang tengok lah betapa kreatifnya diorang punya ‘pace’ ni!

Muka pakcik menjeling siap pakai songkok lagi!

Pace 1

Yang ini pula katanya kuda laut!

Pace 2

Naga siap ada kepak lagi tu!

Pace 3

AhRain pun nak lari juga!

Pace 4

Macam-macam bentuk ada pace larian runners ni! Katanya, pengguna aplikasi Strava tersebut boleh merancang dahulu perjalanan dan jarak larian atau kayuhan mereka. Itu yang keluar segala bentuk ada!

Nampak memang kreatif, ramai juga yang komen pada tweet Tyra ini katanya mereka nak try juga. Tetapi kalau dilihat pada jaraknya tu..semuanya jarak larian marathon ya! Maka ramai juga lah yang berfikir semula untuk cuba atau tak.

Komen Pace

Takpe korang, mana-mana yang baru berjinak-jinak nak bersukan tu pelan-pelan kayuh, boleh start petang ni. Tapi jangan terus bedal 10km! Ada yang masuk sepital nanti! Tak jadi nak sihat.

Baca: Nasib baik tak bersepah – [VIDEO] Aksi Melulu Pemuda Berbasikal Tukar Lane Buat Netizen Seriau

Baca Basikal

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.