Penularan wabak Coronavirus di seluruh dunia telah memaksa masyarakat untuk menjalani perintah berkurung. Kalau tak kena lockdown pun, ramai yang mengamalkan social distancing dengan stay at home sekarang ni kan.
Namun, di Bangladesh, lebih kurang 100,000 orang telah menghadiri pengebumian imam terkenal negara itu yang berusia 55 tahun sekali gus telah melanggar arahan perintah berkurung oleh pihak kerajaan mereka, lapor Berita Harian.

Allahu, ramainya. Mesti semua orang berhimpit-himpit. Memang kelaut lah jadinya social distancing tu.
Keluarga imam Jubayer Ahmad Ansari telah bersetuju hanya 50 orang yang dibenarkan untuk menghadiri upacara tersebut di bandar Sarail namun menurut Shahadat Hossain iaitu Ketua Polis Darali, pihak polis tidak dapat menghalang apabila ramai yang datang ke situ serentak untuk memberi penghormatan terakhir.

Sebelum ini, Bangladesh telah mengisytiharkan arahan lockdown kepada semua rakyatnya bermula 26 Mac lalu.

Untuk rekod, jumlah jangkitan Coronavirus di sana telah mencecah hampir 3,000 kes manakala kes kematian pula sebanyak 91 kes.
Kita faham memang sedih apabila orang yang kita sayang meninggal dunia, tapi lebih baik kalau tak hadiri pengebumian sebab boleh risikokan diri kita jugak.

