Cicak bukan sahaja reptilia yang menggelikan, malah ianya datang dengan bunyi yang merimaskan. Bukan setakat itu sahaja, cicak juga boleh jadi sumber penyakit, kerana di badannya ada bakteria yang tak elok sebenarnya.
Haiwan ini nampak je kecil, tapi bunyi dan najis dia memang annoying…
Masih menjadi tanda tanya, bagaimana hendak menghalau cicak ini dari rumah. Perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menangani masalah ini.
Menerusi Kompas, berikut adalah lima cara yang mudah anda boleh lakukan untuk halau cicak yang berkeliaran di rumah
1. Kulit telur
Selepas dah masak telur, jangan buang kulit telur tersebut. Kulit tu boleh letak dekat bahagian yang selalu cicak muncul. Tak perlu untuk bersihkan, biarkan kulit itu bersama baunya tersendiri. Menurut home and decor, cicak memang tak suka bau telur ayam.
2. Bawang putih
Selain itu, kita juga boleh gantungkan beberapa ulas bawang putih di pintu masuk atau meletakkan potongan bawang tersebut di pelbagai tempat. Perkara ini juga dapat menghalau cicak kerana bawang putih mempunyai bau aroma pedas.
3. Kapur Barus
Bunyi tak masuk akal, tapi kapur barus sebenarnya membantu juga. Aroma dari kapur barus yang pelik tu boleh mengalihkan perhatian cicak, sekaligus dapat menghalau reptilia itu. Bukan itu sahaja, serangga pun boleh tau..
4. Serbuk Kopi
Bagi kita, bau kopi sangat sedap, tapi tidak pada cicak. Menurusi Sinar Harian, bila kopi dicampurkan dengan serbuk tembakau, ianya boleh menjadi racun pada cicak. Gabungan kopi dan tembakau sangat berkesan untuk menghalau binatang ini.
5. Air Sejuk
Kenapa air sejuk? Untuk pengetahuan, cicak merupakan reptilia berdarah sejuk. Sebagai haiwan berdarah sejuk, cicak tidak pernah serasi dengan suhu sejuk. Kelemahan mereka ini kita boleh ambil sebagai benefit.
Kalau nampak je cicak dekat dinding, sembur dorang dengan air sejuk. Mungkin haiwan ini tak akan datang lagi ke kawasan tersebut. No wonderlah, kalau bilik ada air-cond jarang ada cicak.
Jadi korang boleh cuba kaedah diatas, bukan sahaja mujarab malah tak menggunakan kos yang banyak.