in

“Kalut semua dok viral pasal pokok ni” – Hati-hati! Pokok Lidah Jin Yang Viral Boleh Menyebabkan Keracunan Kalau Tak Berwaspada

Feature 2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di media sosial tentang pokok Lidah Jin yang katanya boleh menapis habuk. Ramai juga yang tak pernah-pernah tanam pokok pun join beli pokok ni untuk dijadikan hiasan dalam rumah. 


Namun, dalam keseronokan nak deko rumah, jangan lupa untuk sentiasa berwaspada sebab pokok Lidah Jin ini sebenarnya mempunyai bahan aktif Saponin. Pusat Racun Negara telah menjelaskan tentang pokok ini menerusi Facebook rasmi mereka.

Pokok Lidah Jin atau nama saintifiknya, ??????????? ???????????, khabarnya sedang tular di media sosial…

Posted by Pusat Racun Negara on Ahad, 7 Jun 2020

 

Bahan aktif Saponin yang terdapat dalam pokok ini boleh menyebabkan cirit-birit, ruam dan muntah jika terambil dalam kuantiti yang berlebihan. Orang dewasa memang takkan makan pokok ni dengan sengaja. Namun kalau ada kanak-kanak dalam rumah, bahaya sikit lah. 

Pokok 3

Jadi, pokok yang juga dikenali dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata ini boleh menyebabkan keracunan.

Namun, menurut Facebook Public Health Malaysia, pokok ini sebenarnya tak boleh tapis habuk pun. Kalau nak bersihkan udara, kena beli penapis udara yang betul lah. 

Pokok 1

Boleh je kalau nak tanam pokok ni, cuma rasanya lagi baik kalau letak di luar rumah terutamanya kalau rumah korang ada anak-anak kecil. Pastikan korang sentiasa awasi kanak-kanak jika masih nak jadikan pokok ni sebagai hiasan dalam rumah.

Pokok 2

Mencegah itu lebih baik dari mengubati kan. 

Baca: “Doktor ingat nak bunuh diri” – Suri Rumah Hampir Maut Keracunan Gas Klorin Gara-gara Campurkan Klorox Dan Pencuci Lantai

Racun

Sumber: Astro Awani
Sumber: Facebook
Sumber: Sinarplus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.