in

Memang Betul Graduan Melayu Paling Susah Dapat Kerja!

Gambar Kitew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumlah pengangguran yang tinggi dalam kalangan graduan Melayu bukanlah isu baru di negara kita sekarang. Disebabkan masalah ni, ramai yang saling salah menyalahkan. Tapi betul ke sebenarnya graduan Melayu ni telah didiskriminasi?


Mungkin ramai yang tak percaya tapi melalui kajian yang telah diterbitkan Jurnal Ekonomi Asia Pasifik oleh UM dan UKM, ada bukti yang mengatakan graduan sekarang antara yang paling susah nak dapat kerja! Huh! Ini kami senaraikan sebab-sebab perkara ni berlaku: 

 

1. Jalankan kajian dengan hantar 3,000 resume palsu

Resume 1
gambar hiasan

So semuanya bermula apabila ada sekumpulan penyelidik dari UM dan UKM buat kajian dengan hantar 3,000 resume palsu graduan Melayu dan Cina dengan ciri-ciri seperti berikut:

  • AA Melayu, AA Cina, BA Melayu dan BA Cina (AA = Above average, BA = Below average
  • CGPA, universiti, bahasa dan kebolehan teknikal yang ditulis secara random.
  • Hantar resume ke syarikat yang ada jawatan kosong di bahagian kewangan dan kejuruteraan 
  • Tak masukkan bangsa lain selain Melayu dan Cina. 

 

2. Hasil kajian sangat mengecewakan 

Secara puratanya, calon AA (lebih baik daripada calon biasa) selalunya dapat panggilan semula lebih banyak dari calon BA (calon tak berapa bagus). Tapi yang lebih mendapat perhatian, calon AA Melayu kurang dapat panggilan daripada BA Cina. 

Malah resume daripada golongan Cina mendapat purata panggilan 22.1% dari resume golongan Melayu yang hanya mendapat purata 4.2% je! Golongan Melayu yang apply job kejuruteraan dan graduate dari private university, semuanya dapat panggilan semula paling rendah! Baik study kat universiti awam je kan? 

Snb0628

Lebih menyedihkan, company yang dimiliki orang Melayu diskriminasi orang Melayu sendiri  bila mereka lagi suka ambil golongan Cina dengan purata 1.6% lebih daripada orang Melayu. Hadoii nampaknya bukan isu bangsa semata-mata lah eh? 

 

3. Apa sebabnya graduan Melayu susah dapat kerja? 

Ini antara point penting daripada kajian tersebut:

  • Kesesuaian budaya dan keupayaan berbahasa tu penting kalau korang apply kerja. Hal ni kerana, ramai golongan Cina anggap orang Melayu akan quit atau takkan ambil sesuatu kerja tu kalau office tersebut majoritinya orang Cina. Dorang takut orang Melayu rasa tak selesa sebab suasana tu mungkin tak sesuai dengan adat dan agama orang Melayu.
Pengembangan Bisnis 2
gambar hiasan
  • Calon pekerja Melayu selalu ada stereotaip buruk. Hal ni lah yang menyebabkan ramai majikan ambik calon BA Cina dari AA Melayu. Walaupun takde yang bagi alasan kukuh pasal stereotaip ni, kajian berpendapat pengalaman buruk antara majikan dan pekerja yang buat situasi ni terjadi.
  • Polisi pro-Melayu jadi punca ramai majikan tak nak ambil pekerja Melayu. Ramai majikan berpendapat orang Melayu tak berpendidikan tinggi dan dorang ada lebih banyak opportunity kerja di sektor kerajaan. Benda ni sebenarnya perlukan banyak kajian. Tak semestinya kalau Melayu senang dapat kerja kerajaan kan?

 

4. Jadi macam mana sekarang? 

Ini apa yang boleh kedua-dua belah pihak (majikan dan pekerja) lakukan supaya masalah pengangguran dan diskriminasi ni dapat dihentikan.

Majikan (SEMUA bangsa): 

  • Kalau pekerja anda terdiri daripada SATU bangsa saja, korang boleh membantu dengan hire pekerja daripada bangsa yang lain. Company yang ada pekerja berbilang kaum boleh tingkatkan keuntungan. Penting sebenarnya ada tenaga kerja yang seimbang.
  • Kalau korang (walaupun korang seorang majikan berbangsa Melayu) ada rasa bias secara negatif terhadap bangsa Melayu, ketahuilah yang korang akan kehilangan calon Melayu yang bagus dan berpotensi. So hentikan stererotaip! 
What To Do When You Quit And Your Boss Wants You To Stay
gambar hiasan

Graduan Melayu dan penganggur: 

  • Kalau korang fasih berbahasa Cina, letakkan dalam resume. Kalau tak dapat panggilan semula, ambillah kelas Mandarin. Mereka yang fasih berbahasa Cina selalunya paling mudah dapat panggilan kerja.
  • Berkawan dengan mereka yang selain bangsa Melayu. Korang ni kan bangsa majoriti. Tak kisahlah dengan cara macam mana sekalipun, korang aktifkanlah diri dengan buat network kat event yang bercampur dengan bangsa lain. Paling penting jadi sahabat yang baik dan respect orang lain.
  • Elakkan condemn bangsa dan agama orang lain walaupun korang rasa apa yang dorang buat tu memang bercanggah dengan agama dan adat bangsa Melayu. Jadilah seseorang yang easy to work with.
Manfaat Teamwork Bagi Diri Sendiri Dan Perusahaan
gambar hiasan

Walaupun kita sedar ada diskriminasi tersebut, yang paling penting janganlah saling salah menyalahkan dan sentiasa cuba improve kan diri demi kejayaan sendiri. 

Baca: “Orang Melayu sekarang orang terbangsat di Malaysia” – Najib

Njais

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.