in

“Memang another level ni” – Lukisan Potret YDP Agong & Permaisuri Karya Pemuda Ini Jadi Penghias Kotak Kurma Istana Negara

Feature 4 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai jugak anak-anak muda yang mengenali penulis dan pelukis, Teme Abdullah yang terkenal di Instagram dan Twitter. Admin pun suka tengok lukisan dan sketch dia, semua cantik-cantik. 

Kalau tahun lepas, dia pernah dijemput ke Istana Negara sebab hadiahkan lukisan potret YDP Agong dan Permaisuri Agong, kali ini pemuda yang kini menetap London, United Kingdom sekali lagi berjaya menempa nama apabila lukisan potret tersebut dijadikan sebagai cover kotak kurma Istana Negara. Wow, hebat betul!


https://www.instagram.com/p/B_XDkOWJ-da/?igshid=2f6sr1w3k2t3

Difahamkan, kurma tersebut akan diedarkan kepada sultan, raja, pemimpin negara dan juga petugas barisan hadapan yang sedang bertugas dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19 di Malaysia bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini.

Istana 2

Istana 1 1

Pemuda yang hanya mahu dikenali dengan nama Teme Abdullah dan kini bekerja sebagai arkitek itu berasa cukup bangga kerana telah diberikan kepercayaan oleh pihak istana untuk berkarya dan menghiasi barang-barang istana. Bukan biasa-biasa ni. 

Admin speecless kejap sebab tengok lukisan tu. Cantik sangat kan. Semoga Teme akan terus berkarya pada masa hadapan.  

Baca: “Permaisuri Agong kirim salam semua” – Netizen Happy Tengok Gambar Terbaru Tunku Azizah Lepas Deactivate Twitter

Agong

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.