in

“Memang aku buat” – Lana Nodin Mengaku ‘Buat’ Hidung Sebab Jatuh Motor Masa Sekolah

Ft Lana Nodin Mengaku Buat Hidung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini nama pelakon Lana Nodin menjadi buah mulut orang ramai apabila netizen perasan ada sesuatu kelainan ketara pada hidungnya.


Menjawab dakwaan itu, Lana menerusi Instagram miliknya semalam ada tampil memberikan respon dan mengakui secara terbuka bahawa dia ada membuat pembedahan hidung, bagaimanapun ianya bersebab.

 

Memang aku buat sebab…

Kata Lana, diai sebelum ini kerana pernah terlibat dalam kemalangan semasa dibangku sekolah. Oleh itu, dia terpaksa menjalani pembedahan ‘rhinoplasty’ untuk membetulkan semula hidung yang telah senget.

“Sebenarnya ini peribadi saya yang tak perlu cerita pun tapi sibuk nak tahu. Korang pun dah banyak buat dosa kering. Hidung saya ini masa saya sekolah, saya accident.

Masa itu balik kampung Felda, yang tanah-tanah merah tu. Tangan ini duk gatal nak bawa motor RXZ, lepas itu tak tahu bawa sampai jatuh tersungkur. Hidung berdarah..patah.

Sejak dari itu, hidung saya memang senget. Kena pakai besi untuk beberapa tahun. Lepas itu, disarankan buka dan saya buka letak plastik. Sebab tak tahan, besi sejuk.

Hidung saya senget sampai sekarang. Orang tanya kenapa buat hidung ke? Memang aku buat sebab dipaksa buat hidung patah dah lama dah.”

Dalam pada itu,  Lana turut menjelaskan bahawa dia melakukanp embedahan ini untuk mengelakkan hidungnya daripada bernanah dan sama sekali tiada niat untuk mengubah ciptaan Tuhan.

Bila kita tukar rhinoplasty ini, ada jangka hayat. Lima, enam tahun… 10 tahun kena tukar. Jadi saya tukar supaya hidung tidak bernanah. Pakai tulang telinga. Apa lagi korang nak tahu?

Sibuk nau dengan hidung aku. Lubang lain tak nak tahu? Asyik tanya lubang hidung aku saja. Yang brader tu, kata tukar kejadian Tuhan apa la.. eh kau tengok muka aku. Semua original la.

Dalam pada itu dia juga meluahkan rasa kecewa terhadap individu-individu yang suka jatuh hukum tanpa asal usul periksa.

Baca : “Vax ke tak semua dijemput datang” – Lana Nodin Bakal Buka Kedai ‘Bakery’ Tanpa Diskriminasi

Collage 65

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.