Kita baru je dikejutkan dengan kematian pelakon dan penyanyi K-pop yang ditemui telah menggantung diri di rumahnya semalam.
Difahamkan, beberapa hari sebelum kematiannya, Sulli ada membuat IG Live mengatakan rasa sedih akibat sering menjadi mangsa cyber bully di media sosial.
Tak mengejutkan, menjadi selebriti sekarang ni untuk dibuli oleh keyboard warriors yang tak berapa senang dengan kehadiran sesetengah selebriti macam dah ada dalam pakej. Kalau ada fans mesti ada haters kan?
“I’m sorry I’m not perfect”
Macam yang korang tahu, Haneesya Hanee merupakan salah seorang selebriti yang sering menjadi omongan netizen di media sosial.
Lebih-lebih lagi lepas kes ibu Hanee nak saman netizen yang “mengutuk” anaknya di media sosial menjadi hangat.
Malam semalam, Haneesya Hanee telah memuat naik satu status di Twitter mengatakan yang dia tak tahan dengan tomahan yang sering diberikan oleh netizen kepadanya.
“Saya minta maaf saya bukan orang yang baik. Saya tak tahu apa yang saya buat sampai semua orang cakap buruk tentang saya. Saya minta maaf saya tak sempurna. Saya tak boleh nak buat ni lagi. Saya akan uninstall Twitter sekarang. Terima kasih, semua.”
“Wowowow what a b*bi”
Walaupun luahan Haneesya Hanee ini sangat menyentuh perasaan, namun netizen perasan sesuatu dan mula mengecam model yang sedang meningkat naik ini.
Pengguna Twitter ini mengatakan yang Haneesya Hanee telah mengambil kesempatan dengan menggunakan kata-kata terakhir Sulli untuk raih simpati dan meminta Hanee untuk keluar dari media sosial dan jangan datang balik.
Kalau betul pun Haneesya Hanee rasa tak tahan dengan netizen yang banyak cakap buruk, mungkin ada cara lain yang dia boleh guna. Lagi-lagi, peminat-peminat K-pop masih terasa lagi dengan pemergian bintang K-pop kesayangan mereka ni.
Pun begitu, semasa artikel ini ditulis, akaun Twiter Haneesya Hanee masih lagi aktif dan belum dipadam seperti yang dikatakan.