in

“Kenapa kamu cakap buruk pasal saya? Apa yang saya dah buat?” – Video Luahan Terakhir Sulli Sebelum Meninggal Dunia

Sulli10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kita digemparkan dengan berita kematian bintang Kpop terkenal, Choi Jinri atau lebih dikenali sebagai Sulli meninggal dunia pada usia 25 tahun.


Idola Kpop itu dikatakan tidak menyedarkan diri ketika pengurus menemui dia di dalam rumah di Seongnam, Gyeonggi, Korea Selatan.

Berikutan dengan berita mengejutkan ini, ramai netizen yang menzahirkan rasa sedih dan mendedahkan beberapa video yang dimuat naik melalui laman media sosial beberapa hari sebelum meninggal dunia.

 

Saya tak jahat, minta maaf. Kenapa kamu cakap buruk pasal saya? Apa yang saya dah buat?”

20191014000718 0
Kediaman sulli (sumber : tribun )

Dalam beberapa video yang tersebar luas sejurus sahaja menerima berita kematian itu, Sulli nampak seolah-olah sedang mengalami kesedihan kerana dia menangis dekat IG Live.

Dalam IG Live itu, dia menzahirkan rasa sedih akibat kecaman orang ramai kepada dirinya.

Malah dia juga ada membuat satu video Live yang menunjukkan dia menangis. Lapor Tribun, sesi Live ini di buat pada hari Sabtu (12/10/2019) lepas, dua hari sebelum dia ditemui maut.

Disebabkan keratan video ini viral di media sosial, ramai netizen yang menganggap bahawa Sulli sedang mengalami tekanan.

Ini kerana, pihak polis sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan yang ada kemungkinan Sulli bunuh diri, tetapi masih tidak di sahkan lagi.

Ada yang beranggapan bahawa Sulli mengalami kemurungan, ini kerana Sulli sebelum ini pernah membuat satu kenyataan yang dia selama ini berpura-pura bahagia di depan orang ramai.

Sebelum meninggal dunia, Sulli terakhir kali membintangi drama  Hotel del Luna bersama IU dan Yeo Jin Goo. Drama Korea ini baru saja selesai pada 1 September 2019 lepas.

 

Baca : “Mengaku pura-pura bahagia”- Bintang Kpop, Sulli Dilaporkan Meninggal Dunia Dirumahnya

Sulli9

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.