Kita sesama Islam perlulah saling tegur menegur dan ingat mengingatkan antara satu sama lain. Dengan kemungkaran yang dapat dilihat di media sosial, tak hairan akan ada yang menegur.
Baru-baru ini, seorang individu dah menegur gadis di Instagram menerusi direct message kerana gambar yang dipost wanita tu dah menampakkan auratnya. Baguslah tegur secara private.
Namun begitu, teguran tersebut tidak mendapat sambutan yang baik daripada wanita berkenaan yang kemudiannya bertindak memaki di laman Twitter serta memuat naik screenshot teguran individu tersebut.
Wanita tersebut turut menjelaskan bahawa apa yang dilihat itu hanyalah kerana angle dan kedudukan tangannya.
Dengan bahasa yang kurang sopan daripada wanita tersebut, orang ramai agak terkilan dan memberikan respon mereka kerana melihat wanita tersebut tidak boleh menerima teguran.
“Dia tegur elok-elok je awak. Tak baik buat macam tu.”
“I know right? Dah kira ‘menjaga aib’ lah kalau dm tu”
“Ye memang lah. Tapi boleh je dia cakap jugak leklok dekat orang tu. Tak yahlah sampai buat macam ni. Sian dia.”
Walau bagaimanapun, ada juga yang hairan dengan teguran individu tersebut kerana mereka merasakan aurat wanita tersebut tidak pun terdedah.
Selain itu, hal ini berpanjangan bila ada juga orang ramai yang marah dengan wanita berkenaan yang menggunakan bahasa kurang elok di media sosial.
“Kan. Muka okay dah. Bio okay dah. Tapi suka maki pulak. Reject.”
“Yes. you’re right. Bukan aurat. Just, tak perlulah rasanya mention babi dekat situ.”
“Kenapa yang cantik, hot, famous boleh mencarut. Kita yang ugly ni hina lagi jijik untuk mencarut. Hahaha”
Macam-macamlah korang ni. Harap semua mengambil pengajaran daripada hal ni. Semoga ianya tak berpanjangan.