in

“Katanya jadi lebih manis”- Tabur Garam Pada Tembikai, Ini Cara Unik Sesetengah Orang Makan Buah

F2 Tembikai Masin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kita pernah dikejutkan dengan pelbagai jenis trend makanan unik dan pelik di Malaysia, antaranya durian goreng, durian cheese, maggie kari campur milo dan banyak lagi.


Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda tentang cara orang Jepun makan tembikai iaitu dengan taburan sedikit garam! Biar betul ni?

Salt Watermelon 2
Gambar sekadar hiasan

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa motif makan buah ni dengan garam sedangkan lazimnya, tembikai sememangnya dah manis. Menurut laman web WAttention, garam dikatakan akan menambah kemanisan sesebuah tembikai itu sebab rasa masin tersebut akan membuatkan lidah kita jadi lebih sensitif dengan kemanisan buah tu.

Selain itu, musim panas di Jepun selalunya akan menyebabkan penduduk di sana kuat berpeluh, jadi keadaan cuaca ni akan menyebabkan badan mereka mengidam sesuatu yang bergaram.

Salt Watermelon 3
Gambar sekadar hiasan

Bukan itu sahaja, sesetengah orang Jepun juga dikatakan menambah sedikit garam pada tembikai kerana selalunya buah ini disimpan di tempat yang sejuk, jadi suhu yang rendah tu akan menyebabkan buah tu hilang kemanisannya.

Jadi, taburan sedikit garam dipercayai akan mengembalikan semula kemanisan semula jadi buah berwarna merah ini. Boleh tengok video TikTok ini untuk faham dengan lebih lanjut.

@anna7popularscience

Why do Japanese people sprinkle salt when eating watermelon?#popularscience #Knowledge

♬ TWINNEM – Coi Leray

Jenama minuman terkenal iaitu Pepsi juga pernah mengeluarkan minuman Pepsi yang berperisa tembikai masin di Jepun pada tahun 2012, lapor Japan Today.

Malah, garam juga boleh digunakan untuk menyeimbangkan rasa pahit sayur-sayuran seperti kale dan kubis Brussels

Kalau nak tahu betul ke tak rasanya jadi lebih manis, korang kena la try sendiri. Cicah tembikai tu dengan garam sebelum makan. Selamat mencuba! 

Sumber: allrecipes, WAttention, Japan Today

Baca: “Bentuk square”- Ini Sebab Kenapa Jepun Tanam Tembikai Berbentuk Lain Daripada Yang Lain

Salt Watermelon 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.