in

“Melampau! Takkan buat sampai macam tu sekali” – Anak Lelaki Mengamuk Sampai Nak Baling Parang Kat Mak

Parang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni banyak kes ugut dan bunuh jadi kat mana-mana tak kisahlah jadi kat sesiapa pun. Keselamatan diri sendiri perlu dijaga supaya tak jadi apa-apa yang negatif. Kadang-kadang anak-anak pun sanggup mencederakan ahli keluarga sendiri demi memenuhi kemahuan.


Macam satu kejadian yang berlaku beberapa hari lalu dimana seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai telah mengamuk dan bertindak untuk menumbuk ibu kandungnya sendiri di Kemaman.

Menurut Sinar, suspek tersebut mengugut untuk membunuh ibunya yang berusia 50-an dengan mengacukan sebilah parang dan bertindak ingin membaling senjata itu. Motif dia buat macam tu tak dikenal pasti lagi tapi senjata tajam ni tak boleh buat main ye, bahaya!

Parang 1

Kejadian ini hanya diketahui oleh abang suspek selepas dihubungi oleh salah seorang ahli keluarganya.

Abang kepada suspek menerima panggilan daripada adik perempuannnya yang tinggal bersama ibu mereka. Difahamkan, sebelum itu suspek membaling parang ke arah ibu mereka namun sempat dielak. Disebabkan hal itu, suspek mengamuk dan mengugut untuk membunuhnya.

“Adik memaklumkan yang dia (suspek) membaling sebilah parang ke arah ibu  tetapi sempat dielak”

Sejurus mendapat panggilan daripada adik perempuannya, dia segera datang ke rumah ibunya namun suspek tersebut berjaya melarikan diri dan ibunya menangis dalam keadaan ketakutan. Boleh trauma ibunya kalau sampai tahap macam ni

Abang suspek segera menghubungi pihak polis dan suspek berjaya ditahan dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Tak perlulah kot sampai nak buat macam tu sekali dekat mak. 

Baca : “Pembunuh siap rakam video” – Dua Lelaki Tembak Mati Transgender Lepas Guna Tandas Perempuan Dekat Mcd

Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.