in

“Meeting sambil bergelek” – Dulu Penyanyi Dangdut Kini Jadi Ketua Kampung, Sempat Ambil ‘Job’ Sehari Sebelum Perlantikan

Gelek Lageyyyy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita menarik perhatian ramai ketika majlis pemilihan pemerintah desa Lamongan, Jawa Timur semalam. Angeli Emitasari, 28, berjaya melayakkan diri untuk menggalas tugas sebagai ketua kampung di sana.


Menurut Sosok, kelibat Angeli tarik perhatian dan diperhatikan ramai kerana dia rupa-rupanya adalah seorang penyanyi dangdut yang dikenali di situ.

Angeli1
sumber: sosok

Dia telah memberanikan diri dan tampil mencalonkan dirinya sendiri untuk menjadi kepala desa (pemerintah desa) dekat Kedungkempul, dekat daerah Sukorame, wilayah Lamongan di Jawa Timur.

Bukan kerana mengimpikan karier sebagai kepala desa tetapi menurutnya semua ini berlaku kerana dorongan orang kampung.

Dek kerana karier Angeli sebagai penyanyi dangdut tengah memuncak, mereka setuju bahawa dia sesuai untuk menjadi kepala desa di sana.

Kemarin (semalam)mendapat dorongan dari warga, saya diminta untuk maju sebagai kepala desa.”

Tentu saya juga punya keinginan bagaimana bisa membangun desa supaya lebih maju lagi.”

Angeli2
sumber: tribun

Salah satu ujian yang dikenakan adalah cubaan suara dan ketika majlis pemilihan itu dia berjaya menang dengan dua calon lain, Yusman dan Jajud.

Meskipun dah jadi kepala desa, tapi kata Angeli dia tak akan menolak untuk menyanyi di masa akan datang jika ada masa lapang.

“Saya sudah menekuni sebagai penyanyi itu sejak masih sekolah, sekitar tahun 2013. Sampai kemarin sebelum ikut pemilihan (kepala desa) saya juga masih menyanyi.”

“Kalau ada waktu luang, saya akan menyanyi lagi. Tapi karena saat ini saya sudah terjun ke dunia pemerintahan, maka saya akan fokus di sini dulu (sebagai kepala desa).”

Angeli6
sumber: youtube

Walaupun dah biasa dengan rutin harian sebagai penyanyi dangdut, perkara itu tidak akan menghalangnya untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik sebagai kepala desa.

Bukan tu je, menurut Sosok, Angeli malah sempat terima undangan nyanyian sehari sebelum majlis pemilihan berlangsung. 

Sukalah pakcik pakcik dekat kampung tu ye dapat ketua kampung cun macam ni…

Baca: “Dah la cantik, boleh menyanyi pulak tu” – Nyanyian Merdu Kembar Di Majlis Konvokesyen Tarik Perhatian Netizen

Feature Image Kembar Nyanyi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.