in

MCMC Bakal Kenakan Tindakan Undang-undang Kepada Individu Kongsi Gambar Mangsa Nahas Elmina

Ft Mangsa Nahas Elmina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kita digemparkan dengan satu tragedi pesawat ringan terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor.


Menerusi Astro Awani, dalam tragedi menyayat hati itu, sebanyak 10 orang terkorban iaitu merangkumi 6 penumpang pesawat, 2 kru dan 2 orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian. Tragedi ini pastinya diperkatakan rakyat Malaysia di media sosial sehingga kini.

Namun begitu, ia jadi satu hal yang kurang enak apabila ada netizen yang terlalu taksub nak jadi penyampai terawal sampaikan ada yang sebarkan video dan gambar mangsa yang terkorban dalam insiden itu.

Boleh dikenakan tindakan undang-undang

Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menegaskan bahawa mana-mana individu yang melakukan tindakan sedemikian boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Lapor Sinar Harian, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Screenshot 2023 08 18 112351

“Perkongsian gambar atau rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas,” kata MCMC yang turut menggesa semua pihak untuk menjaga sensitiviti serta mengelak daripada berkongsi gambar mangsa nahas.

Dalam masa yang sama, mereka turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa nahas pesawat itu.

Hukum boleh jatuh haram

Dalam masa yang sama, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga turut menggesa orang ramai agar tidak kongsikan imej tersebut di media sosial, katanya tindakan tersebut hukumnya haram.

“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya.”

Dalam masa yang sama beliau turut berkongsi sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud: “Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2564).

Baca : Proses Kenal Pasti Mayat Nahas Elmina Bakal Ambil Masa, Hanya 1 Ditemui Sempurna – Dr Zaliha

Dr Zaliha Proses Kecam Mayat

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.