in

MB Kedah Anggap Murid Sekolah Macam ‘Ayam’, Terlalu Dimanja Sampai Tak Boleh Denda Atau Rotan

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ibu bapa sukar untuk kita melihat atau biarkan orang lain disiplinkan anak-anak kita sendiri dengan merotan mereka. Biarlah tanggungjawab mendisiplinkan anak itu dibuat sendiri kan?


Namun, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menganggap ibu bapa sekarang terlalu manjakan anak sehingga sanggup masuk campur urusan mendisiplinkan anak di sekolah.

“Takkan nak marah pun nak kena masuk mesyuarat”

E3Dd

Memetik laporan dari Utusan, Sanusi mengatakan suasana pendidikan semakin mencabar seperti menternak ayam dan daging di sekolah kerana tak boleh nak rotan atau denda pelajar sekolah.

Tak boleh denda…murid tak boleh rotan…tak boleh tegur atau marah. Kalau semua tak boleh buat kita sedang ternak ayam daging di sekolah. Tak tau nak cakap…kita tak boleh ternak ayam daging di sekolah.

“Perlu ada tindakan disiplin yang munasabah agar anak murid faham. Takkan nak marah pun tak boleh nak kena masuk mesyuarat bincang dahulu.”

Jelasnya lagi, setiap negara mempunyai cara mereka sendiri dan tak boleh nak samakan cara pendidikan antarabangsa dengan sesebuah negara.

20210804 Muhammad Sanusi Md Nor 2 Sofia Nasir

Saya rasa model pendidikan yang digagaskan di peringkat antarabangsa nak diterapkan dalam komuniti di semua tempat, nak disatukan? Saya rasa tak sesuai di dunia ini sebab kita lain-lain.

Sistem pendidikan Finland, Amerika Syarikat sesuai di negara itu sahaja. Kalau di sana tidak dibenarkan bagi denda kemungkinan dalam masyarakat kita tak sesuai lagi.

“Tak boleh diaplikasikan, takkan satu sistem sahaja untuk satu dunia. Penyatuan sistem pendidikan seperti ini tidak sesuai dengan keadaan di satu tempat itu. Saya rasa kalau sistem pendidikan kita di Malaysia begitu kita sedang mengundang bahaya.”

Tambah Sanusi, pendidikan adalah usaha bagi mempersiapkan generasi muda untuk norma baik kehidupan dan bukan berkaitan ilmu semata-mata.

Korang rasa macam mana? Boleh ke merotan atau denda di sekolah ni buat anak-anak terus jadi baik?

 

Baca: “Satu kesilapan besar” – Kerajaan Didesak Mansuh Sistem Ranking Sekolah

Screenshot 2022 06 23 At 12.31.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.