Memandangkan hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum menjelangnya hari raya Aidilfitri, sudah tentu ramai umat Islam di Malaysia yang berpusu-pusu ke pusat beli belah untuk membeli barangan keperluan untuk menyambut lebaran.
Namun, kecoh di media sosial pada Jumaat apabila ramai pengunjung sebuah pusat beli belah di Shah Alam tersekat di kawasan parkir bawah tanah buat masa yang agak lama kerana tidak dapat keluar gara-gara ada masalah dengan sistem perbankan.
Menurut perkongsian di media sosial X oleh tghanaatiana, difahamkan, sistem perbankan Maybank yang mengalami gangguan kemudiannya telah memberi kesan kepada pengunjung untuk membayar parkir.
Apalah masalah maybank ni. Asyik offline time crucial. Tengok apa jd dlm icity, motor, reta stuck. Takleh keluaqq. Berkicap mat tunggu. Solution dia mgt icity buka palang bg keluar free. Kalau icity gulung tikaqqq sebab bg kami parking free, semua salah hang😭😭😭 @MyMaybank pic.twitter.com/DErZhV7Z5F
— YB Kentang🥔🐛🇲🇾🇵🇸 (@tghanaatiana) April 5, 2024
Artikel Berkaitan: “3 jam shopping, 7 jam dalam kereta” – Ramai Stress, Jalan Sesak Teruk Masa Weekend
Difahamkan juga, disebabkan banyak kereta dan motosikal pengunjung pusat beli belah itu yang tidak dapat keluar kerana kad debit gagal diakses untuk membayar parkir, pihak pengurusan pusat beli belah itu kemudiannya membuka palang kawasan parkir dan membenarkan para pengunjung keluar tanpa perlu membayar parkir.
Pihak Maybank menerusi X mengumumkan bahawa memang berlaku gangguan untuk perkhidmatan ATM, Self Service Terminals, Maybank2u dan aplikasi MAE.
#MBBAlert Kindly be informed that we are currently facing intermittent slowness on the following services:
– Maybank2u web and MAE app
– ATMs and Self Service Terminals (SSTs)Our debit & credit card services are now available and you may use them as an alternative payment mode
— Maybank (@MyMaybank) April 5, 2024
Bukan itu sahaja, malah ada juga netizen lain yang berkongsi pengalaman mereka ketika berlakunya gangguan perkhidmatan sistem perbankan ketika membeli belah di mana seorang pembeli di sebuah butik terpaksa membayar baju berharga RM500 dengan wang tunai RM1 dan RM5 gara-gara masalah yang sama, jadi tak boleh bayar dengan menggunakan kad debit atau kredit.
Namun, masalah sistem perbankan ini difahamkan bukan hanya berlaku di situ, malah pengunjung pusat beli belah di Sunway Putra Mall juga tersekat di kawasan parkir juga.
Situasi dekat Sunway Putra Mall skarang. Kami park dekat B2 tapi kereta langsung tak bergerak. So kami naik atas untuk siasat. Nampak macam ada satu exit jer. So skarang nak buat cane? Dah dekat sejam kut tunggu 😭 pic.twitter.com/HaMenMAWWh
— Niresh Kaur (@nireshkaur) April 5, 2024
Rata-rata warganet berpendapat oleh sebab ini lah kita tidak boleh bergantung kepada digital semata-mata. Walaupun sekarang dah banyak tempat cashless, namun wang tunai sekurang-kurangnya RM100 tetap kena ada dalam dompet.