Seorang lelaki telah ditemui dalam keadaan meninggal dunia di dalam sebuah kereta Myvi yang diparkir di stesen minyak di Sungai Petani, Kedah pada petang semalam.
Mayat mangsa yang berusia 51 tahun itu telah ditemui dalam keadaan yang sudah berbau busuk, lapor Malaysia Gazette.
Menurut pihak polis, kereta di mana mayat mangsa ditemui telah diparkir di kawasan stesen minyak di Bandar Perdana itu sejak beberapa hari lalu.
Artikel Berkaitan: “Bapa dakwa anak-anaknya telah diislamkan tapi tiada rekod”- Status Agama 2 Beradik Yang Maut Sedang Dikenal Pasti
Artikel berkaitan: Beri Keterangan Meragukan, Ibu Bapa Dua Beradik Lemas Ditahan Polis
Walau bagaimanapun, siasatan awal pihak polis setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.
Rekod kesihatan mangsa juga menunjukkan bahawa lelaki yang berusia 51 tahun itu menghidap penyakit.
Untuk proses bedah siasat, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim.
Sumber: Malaysia Gazette