Kerana kurang pengetahuan, ramai penduduk kampung di Indonesia telah menolak mayat pesakit-pesakit Covid-19 kerana bimbang diri mereka dijangkiti.
Disebabkan ini, seorang netizen, @gepreksapi telah kongsikan macam mana orang di Madinah menguruskan mayat pesakit Covid-19 di sana.
Menurut netizen ini, orang-orang yang meninggal di Madinah kerana wabak ini telah dimuliakan, bukan saja dorang diurus seperti selayaknya mayat orang Islam dikebumikan, mayat-mayat ini juga turut dimakamkan di pemakamam Baqi’.
Kalau korang nak tahu, perkuburan Baqi’ ini terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi dan juga merupakan tempat keluarga dan pada sahabat Rasulullah SAW dikebumikan. Allahu…
guyss dibaca yaa. ini story tmnku yg tinggal di madinah:,) pic.twitter.com/TUasv15SRz
— gep??♀️ (@blueswhitesky) April 6, 2020
Oleh yang demikian, banyak netizen meminta orang-orang di negara lain mengambil cara Madinah ini sebagai iktibar dan bukannya menganggap mayat pesakit Covid-19 ini jijik dan hanya layak dibakar.
Moga roh pesakit-pesakit yang meninggal akibat wabak ini dicucuri rahmat…