in

Mayat Bayi Tidak Berkepala dan Tangan Dijumpai, Dipercayai Dibaham Anjing di Sungai Petani

Kilang2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar bahagian kanan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi


Awal pagi semalam, mayat seorang bayi perempuan berusia kira-kira 35 minggu dijumpai dalam keadaan mengerikan di hadapan sebuah kilang di Bakar Arang, Sungai Petani.

Menurut The Star, mayat bayi itu dijumpai seorang pejalan kaki di kawasan berhampiran pintu pagar kilang tersebut kira-kira jam 4.45 pagi.

Ketika kejadian, lelaki tersebut pelik melihat sekumpulan anjing jalanan sedang mengelilingi satu objek.

Tertanya-tanya, dia kemudian mendekati objek itu dan ternampak bayi tersebut dalam keadaan tidak berkepala dan kedua-dua tangan putus!

Bayi1
sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Mohd Zukir Md Isa, hasil bedah siasatan mendapai bayi itu sudah meninggal dunia dua atau tiga hari sebelum dijumpai.

“Buat masa ini, kami suspek kepada dan kedua-dua tangan bayi itu telah dimakan anjing jalanan.”

Noooooooo!

Punca kematian bagaimanapun belum dapat dipastikan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.

Baca: Pelajar 19 Tahun Bungkus Bayi Baru Lahir Guna Plastik dan Buang Dalam Tong Sampah

Baby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.