in

Pelajar 19 Tahun Bungkus Bayi Baru Lahir Guna Plastik dan Buang Dalam Tong Sampah

Baby 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar di bahagian kiri adalah untuk tujuan ilustrasi


Kesan titisan darah di atas lantai akhirnya membawa kepada penemuan mayat bayi lelaki baru dilahirkan. Bayi berkenaan telah dibungkus di dalam sebuah beg plastik dan dibuang ke dalam tong sampah oleh pelajar berusia 19 tahun untuk menyembunyikan kehamilannya. Kejadian dilaporkan berlaku di asrama sebuah kolej swasta di Lembah Sireh, Kelantan.

Insiden itu terbongkar selepas pengawal keselamatan kolej berkenaan mengesyaki sesuatu selepas mendengar beberapa pelajar bercakap tentang titisan darah di dalam sebuah bilik di tingkat dua. Naluri memberitahunya untuk pergi ke bilik pelajar itu dan memeriksa tentang hal yang didengarinya.

Ketika memasuki bilik itu, beliau ternampak kesan darah di atas cadar dan titisan di atas lantai bilik sehingga ke tandas. Selepas mengikuti titisan darah sehingga ke tandas, pengawal berkenaan ternampak lebih banyak darah di atas lantai dan sebuah beg plastik yang mengandungi sepasang seluar di dalam tong sampah.

Selepas plastik itu dibuka, alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati seorang bayi lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat di dalam plastik berkenaan. Bayi berkenaan dibalut menggunakan seluar sebelum dimasukkan ke dalam plastik dan dibuang. Sampainya hati dia!

Baby1
sumber: sinar harian

Bagaimanapun, pelajar yang melahirkan bayi berkenaan tiada di dalam biliknya kerana telah dihantar ke hospital selepas mengadu sakit perut pada jam 8 pagi. Bayi itu pula dijumpai oleh pengawal berkenaan jam 3 petang pada hari yang sama.

Pengawal tersebut kemudian membawa bayi yang telah meninggal dunia itu ke balai polis selepas dinasihati oleh pihak pengurusan kolej untuk berbuat demikian. Selepas laporan polis dibuat, pihak berkuasa terus bergegas ke tempat kejadian.

Baby4

Baby2 1
sumber: sinar harian

“Hasil soal siasat dijalankan terhadap pihak kolej mendapati pelajar itu merupakan pelajar tahun satu kolej berkenaan. Semasa pemeriksaan dilakukan, pelajar berkenaan tiada di kolej kerana menjalani rawatan di hospital selepas mengadu sakit kepada pihak pengurusan kolej,” kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad.

Sukar untuk dipercayai tetapi kes pelajar mengandung bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Yes, itulah kebenarannya. Apa yang paling sukar diterima, bagaimana seorang ibu sanggup membuang darah daging mereka sendiri selepas penat lelah melalui proses melahirkan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.