in

“Maya Karin is cancelled” – Maya Karin Dihentam Netizen Sebab Setuju Statement Doktor Boleh Keluar Jogging

Collage 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Bergerak dijalankan, pihak polis masih sibuk menahan orang-orang Malaysia yang degil keluar rumah tanpa urusan yang penting hinggakan pihak berkuasa terpaksa minta bantuan tentera untuk pantau kawasan.


Baru-baru ni pula, tular video seorang lelaki yang ditahan di Penang semasa tengah bersenam. Bila disuruh pulang, lelaki yang mengatakan dirinya seorang kardiologis, Dr Ong berkata, perintah yang dikeluarkan kerajaan adalah untuk elakkan diri dari tempat ramai orang, padahal tempat dia jogging tu tak ada orang pun.

Screenshot 2020 03 20 At 6.21.07 Pm

Dia turut berkata yang duduk terkurung di rumah adalah tak sihat untuk badan dan membuatkan badan jadi lemah untuk melawan virus.

Malangnya, statement doktor ini telah disokong oleh Maya Karin dalam satu tweet yang telah pelakon ini padamkan.

Saya minta maaf, tapi saya setuju dengan kenyataan kardiologis tersebut.”

Etiifh1Ucaczadd

Kenyataan dari Maya Karin ini telah membuatkan netizen marah lebih-lebih lagi mengenangkan yang dia seorang selebriti dan aktivis alam sekitar.

Screenshot 2020 03 20 At 6.13.16 Pm Down

Betul juga tu, kalau ramai orang setuju, ramailah orang yang akan keluar, lepastu tempat pun jadi crowded, risiko nak kena pun tinggi.

Selepas mendapat kecaman dari pelbagai pihak, Maya Karin telah meminta maaf dan memadam tweet menyokong kenyataan doktor tersebut.

Baguslah Maya cepat-cepat sedar, time tengah darurat macam ni, better lah fikir dulu sebelum bercakap. Lagi-lagi bila kita ni terkenal dan boleh pengaruh ramai orang. Baik gunakan pengaruh ni untuk advise orang ikut saranan kerajaan kan?

 

Baca: “Fokus saya adalah mutu pendidikan” – Dikritik Sebab’How Old Are You’, Maya Karin Tak Ada Niat Perlekeh Sesiapa

Screenshot 2020 03 20 At 6.22.47 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.