in

“Mau ketaq pala lutut” – Tak Sengaja Terbuang Barang Kemas RM70k, Wanita Setengah Jam Punggah Sampah

Barang Kemas Terbuang Dalam Sampah Video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak alami situasi di mana korang terbuang barang berharga ke dalam tong sampah secara tidak sengaja? Sanggup tak rasanya nak punggah sampah semata-mata nak cari barang tersebut?


Namun bagi seorang wanita di Sik, Kedah, dia terpaksa memunggah semula sampah yang telah diangkut lori sampah dek kerana terbuang barang kemas bernilai RM70,000! Uish mau pitam dibuatnya! 

Tularvidoaoa1 1631009917

Menerusi perkongsian di Facebook, viral video memperlihatkan seorang wanita meminta bantuan pekerja syarikat konsesi pembersihan, E-Idaman menurunkan sampah dari lori tersebut.

Dia kemudian dilihat mencari sesuatu pada timbunan sampah itu sebelum berjaya menjumpai sebuah kotak berisi barang berharga berkenaan dalam salah satu plastik.

Terbuang sampah sekali dengan barang kemas!! Mau ketaq kepala lutut boleh tercabut jantung nak boleh dpt cari balik.. Syukur masih ada rezeki beliau jumpa semula

Posted by Cik Puan Suria on Monday, September 6, 2021

 

Sebaik memeriksa kotak berkenaan, barang kemas bernilai RM70,000 dijumpai dalam keadaan elok dan dia yang gembira tak terkata sempat berterima kasih kepada pekerja pembersihan syarikat berkenaan. Alhamdulillah dah jumpa! 

 

“Sepanjang tiga tahun kerja, inilah kali pertama bantu cari barang berharga” 

Menurut Harian Metro, seorang pekerja pembersihan yang tidak mahu dikenali memberitahu proses pemunggahan sampah itu dilakukan kira-kira jam 8 pagi semalam selama setengah jam selepas wanita itu hadir meminta bantuan untuk mencari barang kemas yang hilang.

Barang yang disimpan dalam kotak hijau itu katanya dibuang secara tidak sengaja oleh salah seorang ahli keluarganya dua hari lepas.

Barang Kemas

“Wanita itu bernasib baik kerana tempat tinggalnya menjadi lokasi terakhir operasi kutipan sampah semalam. Disebabkan itu, tidak banyak sampah perlu dipunggah bagi membantunya menemui barang kemas itu yang difahamkan mencecah puluhan ribu ringgit.

“Sepanjang tiga tahun bekerja di sini, inilah kali pertama kami membantu mencari kembali barang berharga mereka, saya dan rakan sekerja faham kerugian bakal ditanggung wanita itu sekiranya barang kemas itu hilang.

“Jadi kami bersama-sama cari dan bersyukur kerana ia dapat ditemui semula,” katanya.

Mujurlah jumpa barang kemasnya. Lain kali periksa dua tiga kali sebelum buang sampah tu ye. Risau jadi macam ni. 

Baca: “Kadang-kadang sampah pun berguna” -[Video] Cantik! Pemuda Recycle ‘Sampah’ Jadikan Payung

Trash

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.