Tidak dapat dinafikan penggunaan gajet dapat membantu aktiviti harian, ia sememangnya memudahkan dari segi perancangan malah gajet juga dapat menghiburkan anak-anak lebih-lebih lagi jika ibu bapa sedang sibuk bekerja.
Pun begitu, tidak semua perkara elok digunakan secara berlebihan seperti penggunaan gajet kepada kanak-kanak.
Ia mungkin boleh merangsang perkembangan kanak-kanak tetapi jika terlalu banyak digunakan, ia boleh memudaratkan. Terbaru, seorang ibu berkongsi dek kerana penggunaan gajet seawal dua tahun kepada anaknya telah menyebabkan mata anaknya itu juling.
Nurul Afeizah yang berasal dari Ipoh, Perak berkata dia tidak menyangka mata anak sulungnya bernama Luth Harraz yang berusia lima tahun itu terjejas disebabkan penggunaan gajet di usia kecil.
“Saya dan suami terlampau sibuk nak mencari duit masa tu, jadi terabaikan anak dan begitulah kesannya kepada Luth” katanya.
Pada mulanya, ibu tersebut menyangkakan anaknya itu hanya bermain, disebabkan itu dia sering memarahi anak sulungnya itu sehinggakan anaknya itu stress dan menyatakan dia tidak melakukan perkara tersebut dengan sengaja.
“Mula tahun ini, apabila dia kembali ke sekolah mungkin banyak fokus gunamata untuk menulis dan sebagainya, julingnya menjadi semakin teruk sehinggakan mata hitam boleh hilang di sebalik pangkal hidung” katanya.
Menurut laporan sumber, doktor menyatakan jika tidak dirawat dengan serta-merta mata anaknya itu akan kekal juling, oleh kerana itu, Nurul Afeizah memulakan rawatan sejak Januari lalu dan kes anaknya itu dirujuk ke Kuala Lumpur sehingga mendapat pengesahan untuk pembedahan.
“Walaupun tidak akan pulih 100 peratus seperti asal, namun saya bersyukur mata Luth masih boleh dirawat, Luth perlu sentiasa memakai cermin mata untuk menonton televisyen mahupun belajar untuk tempoh tiga tahun” jelasnya.
Selain itu, ibu kepada tiga orang anak itu juga berpesan agar ibu bapa tidak mempunyai sikap pentingkan diri sehinnga memudaratkan anak-anak. Dia juga berharap kes anaknya itu menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa di luar sana.
Jangan ambil lewa ya ibu bapa!
Baca: “Kena bagi warning” – Tips Ibu Ini Atasi Anak Meragam Boleh Dicontohi