Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah jambatan kedua terpanjang di Asia Tenggara dengan kepanjangan 24 km.
Ia bermula dari Bandar Cassia (Batu Kawan) di Seberang Perai dan bersambung hingga ke Batu Maung di Pulau Pinang. Kalau korang pernah lalu jambatan ni, mesti rasa lamaaa sangat nak sampai ke pulau kan?
Mat Salleh rentas jambatan naik basikal?
Pun begitu baru-baru ini, kepanjangan jambatan yang siap dibina pada tahun 2014 itu telah menarik perhatian seorang lelaki ‘Mat Salleh’ untuk merentasinya dengan menaiki basikal.
Luca Montoya telah memuat naik pengalamannya di TikTok dan menyatakan bahawa usahanya untuk merentasi salah satu jambatan terpanjang di Asia Tenggara ini gagal kerana ditahan polis akibat menaiki basikal.
@unknown.route A few days ago I had to cross the bridge from Batu Kawa to Penang Island. I had no idea if it’s allowed to cross that bridge by bicycle or not, so I just tried it out. It was pretty hot around 1pm so I put an extra layer of sunscreen and got excited to arrive soon in Georgetown to meet up with some friends. The bridge has a length of 22km and is the longest bridge of Southeast Asia. I made it half the way and stopped to get some video footage, of me cycling this massive bridge. As soon as I wanted to continue, I got stopped by the police. They told me that it isn’t allowed to cross the bridge by bike and they never saw anyone else before trying it. They were very friendly to me and apologized to stop my little adventure ? The only solution was to get transported by a car to the other side of the bridge. I waited for like an hour until a truck of the police arrived to pick me up. – Moments like that ❤️ In Germany they would’ve probably take my driving license away and let me pay a fine of 500€ and here in Malaysia, they just cared about my security and health. They also took some photos of me and my bike and wished me all the best for my travel. #cycling #bikepacking #biking #biketok #fyp
Saya sempat merentasinya separuh jalan dan berhenti untuk mengambil beberapa footage saya berbasikal di atas jambatan yang besar ini.
“Sebaik saya ingin meneruskan perjalanan, saya ditahan oleh polis. Mereka beritahu yang ia menjadi satu kesalahan untuk merentasi jambatan dengan menaiki basikal dan mereka tak pernah lihat mana-mana individu melakukannya sebelum ini,” jelas Luca.
Luca walau bagaimanapun telah mendapat layanan yang baik dari anggota polis tersebut dan dia telah disuruh untuk menaiki trak untuk melalui jambatan berkenaan.
“Saya tunggu dekat sejam sehingga sebuah trak polis datang untuk mengambil saya,” katanya lagi.
Menerusi hasil carian admin, Luca Montoya merupakan seorang pengembara dan cyclist yang dalam misi untuk trip ‘bikepacking’ iaitu menaiki basikal dari Singapura ke Alaska.
Dalam mencapai misi tersebut, dia akan melalui negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand.
@unknown.route Moments like that ★ This happend on my 3rd day cycling in Malaysia. Something like that never happend before to me. This video describes pretty well how my experience was in Malaysia ❤️ #cycling #bikepacking #biking #biketok #fyp
“Untuk keselamatan, jambatan tu bahaya”
Perkongsian lelaki berkenaan telah menerima komen yang pelbagai daripada netizen dan rata-rata tidak menyukai tindakan yang dilakukannya itu.
Menurut netizen, berbasikal di atas jambatan sangatlah berbahaya dan undang-undang juga melarang individu berbasikal di atas lebuhraya kerana ia boleh menyebabkan kemalangan.
Nasib baiklah dah kena tahan ye. Bahaya naik basikal atas jambatan tu. Harap ‘mat salleh’ tu tak lagi buat perkara di luar jangkaan di Malaysia ni.
Baca: “White privilege” – Mat Salleh Mengamuk Bila Orang Kampung Suruh Perlahankan Motor Sebab Ada Upacara