in

Masuk Pintu Rumah Pun Tak Muat, Netizen Teruja Lihat Jambangan Wang ‘Mega’ Anak Beri Buat Birthday Bapa

jambangan wang mega buat ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi trend orang zaman sekarang, selain daripada beri jambangan bunga sebagai hadiah hari lahir, ada juga yang memberi jambangan wang kertas yang disusun rapi seakan-akan bentuk bunga.

Tapi jambangan wang kertas yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @yatimohd ini lain daripada lain sedikit kerana ia bersaiz ‘mega’ dan korang yang melihatnya pun pastikan akan terkejut.


Menerusi video yang dipaparkan, dua buah jambangan wang ‘mega’ itu dilihat tiba dan mengalami sedikit kesukaran untuk masuk ke dalam rumah kerana saiznya yang besar.

@yatimohd

Lepas tak lepas? #giantmoneybouquet #fyp #viral2021 #xyzbca #kluang #buwatjer

♬ suara asli – Zerz`SoftBoy? – ZERZ`SOFTBOY?

Alamak… masuk pintu rumah pun tak muat ni,” seloroh perakam video.

Walau bagaimanapun, mujurlah jambangan itu berjaya masuk ke dalam rumah selepas ia menguncup selepas ditarik masuk secara perlahan-lahan.

 

Hadiah buat hari jadi ayah, upah RM1,000 untuk 2 jambangan 

Menurut Yati, jambangan itu adalah hadiah hari lahir buat ayahnya namun dia sengaja memesan dua jambangan dan diberikan satu buat ibunya juga. Baiknya akak ni… 

hadiah

Bila ditanya berapa wang yang diletakkan di dalam jambangan tersebut dan caj upah yang dikenakan, Yati menjawab menerusi satu lagi video TikTok.

Menurutnya, jumlah wang di jambangan tersebut bernilai RM2,000 dan caj upah bagi kedua-dua jambangan ini adalah RM1,000.

@yatimohd

Reply to @akma953 setahun sekali utk hadiah ibu ayah tersayang. Giant Money Bouquet by @noraziemahahmad

♬ –

 

“Kasih anak kepada ayahnya” 

Meskipun terdapat beberapa individu yang mengecam pemberian jambangan bunga tersebut yang dianggap agak mahal upahnya, ramai juga memuji dengan mengatakan ia adalah simbol kasih sayang seorang anak kepada ayahnya.

Jadi terpulang kepada si anak untuk memberikan apa jenis hadiah pun asalkan ibu dan ayahnya bahagia.

tahniah bahagiakan ayah ibu

Cantik sangat jambangan wang kertas tu ye. Bestnya kalau dapat! 

Baca: “Niat nak sokong local seller” – Order Puding Buah Nak ‘Surprise’ Ibu Bapa, Tapi Indah Khabar Dari Rupa…

khabar

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.