Hampir setiap tahun pada bulan Ramadan, pasti kita akan mendengar tentang berita tentera Zionis yang menyerang umat Islam secara kejam sehingga mengorbankan beratus-ratus nyawa saudara yang tidak bersalah.
Pada malam tadi, Masjid Al-Aqsa telah diserang oleh tentera Zionis ketika jemaah sedang melakukan solat terawih.
Beberapa rakaman tular di media sosial yang memperlihatkan kejadian itu, dipercayai sempat dirakam oleh jemaah berkenaan.
Puluhan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dilaporkan cedera selepas tentera rejim Israel lancar serangan besar-besaran di Masjid Al-Aqsa malam tadi ketika jemaah menunaikan solat tarawih.@BuletinTV3 pic.twitter.com/DQa4FiiOIp
— Yasir Mansor (@YasirMNewsMPB) May 7, 2021
Menurut laporan, sekurang-kurangnya 184 orang yang terdiri daripada jemaah Masjid Al-Aqsa cedera dalam serangan oleh tentera Zionis di perkarangan Haram Al Sharif dan beberapa kawasan lain di sekitar Baitulmaqdis timur.
Menurut sumber, agensi media Turki mendakwa beberapa petugas media mereka turut tercedera ditembak tentera regim.
Lebih memburukkan keadaan, saksi juga mendakwa tentera regim juga menyerang petugas perubatan yang sedang merawat mangsa cedera ekoran kejadian terbabit.
Beberapa butir bom tangan pegun juga dibaling ke dalam Masjid Al-Aqsa.
Bagaimanapun, punca serangan masih tidak diketahui. Sehingga kini, masih belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera regim berkenaan serangan ini
Sumber: Buletin TV3
BACA: Lepas UAE & Bahrain, Kini Sudan Pula Ikut Jejak Iktiraf Israel Sebagai Sebuah Negara