Sementara seluruh dunia menanti penuh debaran tentang perkembangan konvoi Global Sumud Flotilla (GSF), seorang rakyat Palestin berkongsi perkembangan mereka yang berada di pantai Gaza.
Rakyat Palestin yang dikenali sebagai Khaled berkongsi di laman Threads, memaklumkan bahawa dia bersama keluarganya telah menunggu di pantai Gaza sejak awal pagi bagi menyambut ketibaan konvoi GSF.
“Saya dan keluarga telah duduk di pantai Gaza sejak pagi menunggu flotilla.
“Jika ia tidak sampai, apa yang akan saya beritahu keluarga saya? Beritahu saya,” tulisnya.
Artikel berkaitan: “Ditahan di atas kapal” – SNCC Sahkan 12 Delegasi Malaysia Ditahan Isr*el Selamat
Artikel berkaitan: ZRA Strim Kirim Voicenote, Maklumkan Kapal Didekati Israel & Pihak IDF Beri 2 Pilihan
Dalam hantaran itu, dia turut berkongsi foto bersama seorang kanak-kanak perempuan dipercayai adiknya serta keadaan di tepi pantai.
View on Threads
Menerusi satu hantaran susulan, lelaki tersebut turut meluahkan perasaan sedih selepas mengetahui beberapa kapal konvoi tersebut telah dipintas oleh rejim zionis.
“Saya masih menunggu GSF dengan penuh harapan. Hati saya berat apabila mengetahui bahawa beberapa bot telah dipintas. Tetapi kami tetap teguh, menunggu di pantai Gaza, berdoa agar mereka sampai kepada kami dengan selamat.
“Seperti yang anda lihat, masih tiada bot kelihatan,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna termasuk rakyat Malaysia meminta agar rakyat Palestin terus sama-sama berdoa agar sebahagian daripada konvoi tersebut selamat tiba di Gaza.
Sumber: Threads