“Sampai macam tu sekali..”- Wanita Alami Bell’s Palsy, Lumpuh Pada Wajah Sebab Stress Di Tempat Kerja

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Macam-macam boleh berlaku bila seseorang tu mengalami stress di tempat kerja, malah sampai ke tahap bunuh diri.

Tapi kejadian yang berlaku di New York ini cukup pelik!

Shayna Aldrich, 34 tahun dilaporkan mengalami lumpuh pada wajah selama lima minggu akibat serangan strok selepas dia menghidap selsema dan tekanan di tempat kerja.

Penyakit itu sekaligus membuatkan wanita ini tidak dapat menggerakkan otot pada wajahnya untuk makan malah lebih teruk lagi dia tidak dapat mengerlipkan matanya.

Sumber : Mingguan Wanita

 

Rupanya dah sedar sesuatu tak kena pada Januari lagi tapi…

Sebenarnya perkara ini mula terjadi sejak Januari lagi, ketika itu Shayna menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya apabila dia mengalami demam selsema yang teruk selama 2 minggu.

Pada bulan yang sama selepas dia menyambut Tahun Baru, sewaktu dia membuat pizza bersama suami, Patrick 31 tahun dan anak perempuannya, Lola 8 tahun, wanita itu ada memakan buah Zaitun namun ketika itu rasanya seperti memakan batang besi.

Sumber : Mingguan Wanita

Walaupun benda tu berlaku, Shayna tidak menganggap yang ianya hal yang serius sehinggalah dia bangun keesokkan paginya dan mendapati dagunya dan bibirnya kebas sebelum seluruh wajahnya lumpuh.

Dia kemudiannya mendapatkan rawatan dan selepas doktor menjalankan ujian ke atas Shayna, doktor akhirnya mendapati yang wanita itu menghidap varian penyakit Bell’s Palsy yang akan memberi kesan ke atas wajahnya.

 

Tak boleh makan dan minum seperti biasa, hanya boleh makan makanan bayi je…

Strok yang dialami Shayna dipercayai disebabkan stres yang berpanjangan dari kerjanya sebelum dia pulih dari selsema.

Saya diberikan ubat steroid untuk mengurangkan bengkak pada saraf. Doktor meminta saya menunggu dan menganggarkan masa antara dua minggu hingga dua bulan atau lebih teruk lagi, dua tahun untuk saya kembali sembuh”

So untuk memastikan dia pulih seperti sediakala, doktor menasihatkan Shayna supaya tidak makan dan minum seperti biasa sebaliknya hanya boleh memakan makanan bayi semata-mata.

Sumber : Mingguan Wanita

Dalam tempoh tersebut Shayna tidak boleh bercakap dengan sempurna serta tidak boleh mengerdipkan matanya kerana mata kirinya tidak boleh ditutup.

Bagaimanapun Shayna kembali pulih lima minggu kemudian.

Hisshh stress kat tempat kerja pun boleh sampai ke tahap macam ni, scary weh!~

 

Baca : Kalau tak mati, cacat seumur hidup atau daging hangus sampai ke tulang-Zionis Israel Serang Palestin Guna Bom Fosfor Putih Yang Diharamkan!

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.