in

Masih Mencari Kerja? Lebih 2,000 Kekosongan Jawatan Ditawarkan Sepanjang Festival Mega iLINDUNGu

Collage 15

Kalau korang tengah mencari kerja atau nak tengok peluang kerjaya baharu, mungkin boleh kosongkan jadual hujung minggu ini.

Festival Mega iLINDUNGu bakal kembali untuk edisi ketiganya pada 18 hingga 20 September 2026 di Strand Mall, Kota Damansara, dan antara yang menarik perhatian kali ini adalah lebih 2,000 kekosongan jawatan yang bakal ditawarkan kepada pencari kerja.

Festival Mega Lindung 2026 01 Scaled

Menerusi Karnival LINDUNG Kerjaya yang dikendalikan MYFutureJobs, sebanyak 25 majikan akan terlibat dalam menawarkan peluang pekerjaan kepada pengunjung sepanjang festival tersebut.

Bukan sekadar datang untuk tengok senarai kerja kosong, pencari kerja juga boleh mendapatkan bimbingan resume dan peluang padanan pekerjaan yang disediakan sepanjang acara berlangsung.

Saringan kesihatan percuma, semakan caruman pun ada

Update Jom Saringan Kesihatan Scaled

Festival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari dan menyasarkan kehadiran sehingga 60,000 pengunjung.

Ia bukan sekadar festival untuk hiburan, sebaliknya menghimpunkan pelbagai perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan terus oleh orang ramai.

Antaranya termasuk saringan kesihatan percuma, agihan topi keledar, semakan caruman, khidmat nasihat berkaitan faedah serta urusan pendaftaran.

Bagi pencarum yang sebelum ini memilih untuk opt-out daripada LINDUNG 24 Jam, PERKESO turut menyediakan kaunter khas untuk mereka yang mahu opt-in semula ke dalam skim berkenaan.

Majikan pula berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 80% bagi Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) sepanjang festival tersebut.

Lebih 60 pengusaha F&B, 11 agensi KESUMA bawah satu bumbung

Whatsapp Image 2026 09 15 At 13.53.46

Dalam masa sama, Festival Mega iLINDUNGu kali ini turut membawa pendekatan KESUMA Bersama Rakyat dengan penyertaan 11 agensi lain di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), termasuk Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Antara agensi yang terlibat adalah HRD Corp, TalentCorp, NIOSH dan PTPK.

Jadi, pengunjung boleh mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan bukan sahaja perlindungan sosial PERKESO, malah peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran, kebajikan tenaga kerja serta pelbagai program lain di bawah ekosistem KESUMA.

Untuk kaki makan pula, lebih 60 pengusaha makanan dan minuman yang berdaftar di bawah LINDUNG Kendiri akan berada di festival tersebut, termasuk Sushika dan Kunafa Aiwahhh.

Malah, 100 pencarum terawal turut berpeluang mendapatkan kupon diskaun yang disediakan.

Ada konsert, selebriti dan hadiah motosikal

Senarai Aktiviti General 1 Scaled

Kalau korang datang bersama keluarga, festival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, persembahan dan kehadiran selebriti seperti Kamal Adli, Elly Mazlein, Amyza Adnan dan Zila Bakarin.

Antara artis yang bakal membuat persembahan pula termasuk Andi Bernadee, Azza, Abby Abadi, Sofazr, Kristal X dan XPDC, selain pelbagai aktiviti seperti pertandingan Zumba, fesyen kanak-kanak, Kuiz LINDUNG dan Dapur iLINDUNGu.

Pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan motosikal sebagai hadiah utama, manakala lebih 500 rider bakal menerima pelekat khas yang memaparkan inisiatif perlindungan sosial.

Festival Mega iLINDUNGu akan berlangsung dari 18 hingga 20 September di Strand Mall, Kota Damansara, dengan majlis perasmiannya disempurnakan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.

Festival Mega Lindung 2026 05 Scaled

Tengah cari kerja atau nak survey peluang baru? Jangan lepaskan peluang untuk terokai lebih 2,000 kekosongan jawatan menerusi Karnival LINDUNG Kerjaya MYFutureJobs sempena Festival Mega iLINDUNGu.

Korang boleh daftar sekarang dengan mengimbas kod QR di atas atau layari laman MYFutureJobs untuk maklumat lanjut.