in

Masalah Air Di Kelantan Dijangka Selesai Menjelang 2023 – Menteri Alam Sekitar & Air

Kelantan Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah bekalan air yang bersih di Kelantan sudah menjadi masalah zaman berzaman yang belum selesai hingga kini.


Pun begitu, rakyat Kelantan tak perlulah gusar lagi kerana masalah air di negeri tersebut akan selesai dan dijangka menerima bekalan air sempurna menjelang tahun 2023, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. 

61563530365 Tuanibrahimtuanma

Menurut Astro AWANI, Tuan Ibrahim berkata ia berikutan terdapat proses pembesaran dan naik taraf di beberapa loji air utama yang sedang dilaksana negeri tersebut di bawa Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

“Isu besar yang berlaku di Kelantan adalah masalah sumber air, (serta) pengambilan sumber air bawah tanah lebih daripada 50 peratus dan menyebabkan kos rawatan sangat tinggi.

“Kerajaan telahpun meluluskan peruntukan baharu untuk kita membuat penambahan (dan) pembesaran loji di Kelantan dan pengurangan NRW (kadar air tidak terhasil) yang agak tinggi di Kelantan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Air 1

Selain itu, masalah bekalan air yang sering terputus di Pahang juga menjadi isu utama dan beliau menjelaskan bahawa masalah ini boleh diselesaikan jika tarif air dinaikkan.

Menurutnya lagi, Pahang ialah antara negeri yang kritikal dari segi kedudukan kewangan kerana tarif air yang lama tidak disemak. Oleh itu, negeri Pahang dijangka melakukan migrasi kepada kerajaan pusat pada Oktober ini supaya masalah hutang yang ditanggung dapat diselesaikan.

“Di Pahang, semakan terakhir tarif air ialah pada 1983… 37 tahun Pahang tidak pernah menaikkan tarif air dan Pahang merupakan negeri yang paling rendah tarif air iaitu 79 sen pada setiap meter padu,” katanya.

Seksanya kan tak ada air… harap orang Kelantan dan Pahang bertabahlah ye. Tak lama lagi je nak elok tu. 

Baca: Pencemaran Air: Selangor Beri Peluang Kepada Pemilik Tanah & Kilang Haram Buat Proses Pemutihan Hingga Hujung Tahun Ini

Toksik

Sumber: Astro AWANI
Sumber: MH Daily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.