in

“Masa tu darurat” – Pernah Viral Pasal Promote Iklan Judi, Isa Isarb Jelaskan Sebab Kenapa Ambil Tawaran

Ft Isa Isarb Respon Promote Syarikat Judi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama mendiam, nama YouTuber terkenal, Isa Isarb kembali menjadi sebutan setelah akhirnya tampil memberikan sebab kenapa dia ambil tawaran mempromosikan syarikat perjudian.


 

Tendang geng keluar daripada team

Ianya kembali disebut setelah ada salah seorang rakan YouTuber yang dikenali sebagai Shah ungkit semula hal ini.

Ianya bermula pada satu episod di saluran YouTube milik Isa Isarb yang ditayangkan pada 12 September lepas. Dipendekkan cerita mereka semua akan membuat undian sesama sendiri untuk memutuskan siapa yang akan keluar daripada kumpulan itu.

Dalam undian itu, setiap ahli harus mengundi 2 orang anggota dan nyatakan sebab sebelum undian lain dimana siapa yang tak patut keluar dari kumpulan itu.

Ketika giliran Shah, salah seorang yang dia pilih adalah Isa dan menjelaskan bahawa ia kerana isu yang terpalit kepadanya berkenaan dengan syarikat judi tersebut dan menjelaskan reputasi saluran YouTube jauh kerananya.

Sementara itu, ketika giliran Isa, dia undi orang lain dan meletakkan nama Isa sebagai seorang yang tak patut diundi keluar.

Terpanggil dengan kenyataan dan pendedahan Shah, dalam episod baru-baru ini, Isa terus undi Shah kerana dianggap memperbesarkan isu syarikat perjudian dan pendek cerita Shah pula di keluarkan daripada team mereka.

 

Masa tu darurat – Isa Isarb

Pada waktu inilah, Isa tampil buka mulut menceritakan hal sebenar berkaitan iklan judi yang dikaitkan dengannya.

Katanya, dia hanya ambil untuk 2 episod dan ada sebab dia memilih untuk ambil tawaran mempromosikan syarikat judi itu.

“Masa tu sekali tu sahaja saya ambil, 2 episod sahaja sebab lembaga pengarah syarikat ada yang islam ada yang bukan islam, lepastu satu lagi masa tu tengah kena kejar cukai pendapatan, disebabkan itu saya ambil dan shah pun tahu, dia memperbesarkan benda tu, kira masa tu darurat.”

@mr_michael31

@Isa Isarb sendiri dh buka mulut buat penjelasan pasal benda ni. Harap lepasni dh xde lagi isu pasal M88 ni lahh☺️☺️ #fyp #fypage #fypシ #xyzbca #isaisarb #isarbclan #esekeli #m88isa

♬ original sound – B R E W ? – B R E W ?

Bagaimanapun Isa akui bahawa tindakannya itu salah dan dia memohon maaf serta menyatakan bahawa Shah sendiri tahu sebabnya.

Kira-kira dalam bulan April lepas, seorang YouTuber terkenal, Isa Isarb telah mendapat kritikan kerana mempromosikan syarikat perjudian di saluran YouTube miliknya.

Baca : “Teruk sangat dah ni” – YouTuber Isa Isarb Dihentam Ambil Tajaan & ‘Promote’ Syarikat Judi

Ft Youtube Promote Syarikat Judi

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.