in

Masa Depan Gadis Cemerlang 7A SPM Ini Suram Sebab Tak Ada Kad Pengenalan

Roisah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang ada di tempat gadis ni, korang mesti sedih kan sebab korang sorang budak yang cemerlang dan dapat keputusan 7A pulak tu dalam SPM. Tapi disebabkan perkara kecil ni, impian dan masa depan korang terus jadi kelam. Tambah-tambah pulak korang dah tak ada sapa nak minta tolong sebab jadi anak yatim.

Menurut MMO, baru-baru ni viral kisah seorang remaja 21 tahun bernama Roisah Abdullah yang mengadu, dia top student dekat sekolah di Klang dan cakap fasih dalam Bahasa Malaysia tapi sampai sekarang dia tak boleh nak lanjutkan pelajaran sebab tak ada IC! Pelik kan? Mana ada budak yang dilahirkan kat Malaysia ni tak dapat IC?


Spm 1
sumber: mmo

Menurut Roisah atau kawan-kawan dia panggil Roi, dia sebenarnya dilahirkan oleh seorang ibu yang bukan warganegara Malaysia dan bapa dia pulak memang orang tempatan cuma sampai sekarang tak tahu hilang pergi mana. Disebabkan bapa dia tak ada dan dah tinggalkan dia sejak lahir, Roi tak boleh dapat kerakyatan Malaysia. Alahai kesiannya!  

Roi yang suka makan nasi lemak dan jadikan Neelofa sebagai idola dia ni kemudian diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita tempatan bernama Satrah Nabowah masa dia dilahirkan. Tapi malangnya, Satrah pula meninggal dunia pada 2014 ketika usia dia 61 tahun.

20180320Mh16
sumber: e-paper

Semasa Satrah masih hidup, dia memang bekerja keras sebagai tukang jahit untuk besarkan Roi. Tak cukup dengan tu, Satrah jugak memang fight habis-habisan lah untuk masukkan Roi ke sekolah. Tapi usaha Satrah untuk dapatkan kerakyatan untuk Roi sampai sekarang tak tercapai.

Lebih sedih, Roi pernah jugak submit application kat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tapi permohonan dia dah ditolak tanpa diberikan sebab.

“Kami buat permohonan untuk kerakyatan saya pada 2011 dan kemudian 2013 pula, tapi keputusan yang saya dapat pada Januari tahun ini ialah permohonan saya ditolak. 

“Hari lahir saya pada 25 April ni dan masa berlalu dengan pantas. Mendapat kerakyatan dari satu-satu negara yang saya kenal ni adalah hadiah yang paling terindah yang sesiapa saja pernah berikan kepada saya,” kata Roisah.

Sebelum ni, Roisah pernah dapat 9A dalam PMR dan 7A dalam SPM. Dia jugak dapat tiga pangkat kepujian dalam STPM. Tapi sekarang dia risau lah jugak tak dapat guna keputusan cemerlang dia tu untuk masa akan datang.

Saya tak boleh bukak akaun bank, saya tak ada apa-apa dalam hidup ni. Saya jugak tak boleh ambil lesen memandu, saya ni macam tak wujud,” luah Roisah lagi. Kesian betul dia ni…

Stpm
sumber: fmt

Tapi mujurlah hari ni kami dengar Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dah bagi green light nak tolong Roisah. Datuk Seri Idris Jusoh jugak dah confirmkan yang dia akan bertemu dengan Roisah tak lama lagi untuk bantu dia lanjutkan pelajaran di UUM. 

Dalam pada tu, Roisah jugak dalam perancangan nak jumpa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang soal kerakyatannya yang tergantung sampai sekarang.

Kami doakan semoga Roisah dapat capai impiannya suatu masa nanti dan urusan untuk dapat kerakyatan tu dipermudahkan. Amin! 

Baca: “Gadis Ini Pelajar Terbaik SPM, Tetapi Gagal Mendapat Biasiswa JPA…”

Pelajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.