in

“Masa buat tak menyesal pulak?” – Bapa ‘Kerjakan’ Anak 12 Tahun Minta Mahkamah Kesian Lepas Dihukum Penjara 45 Tahun & 24 Sebatan

Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam banyak-banyak kesalahan dekat dunia ni, yang paling tak boleh nak dimaafkan adalah pengkhianatan. Orang yang sepatutnya jadi pelindung keluarga tapi sebenarnya musuh dalam selimut.


Macam bapa yang telah dihukum penjara 45 tahun dan 24 sebatan ni selepas dia mengaku bersalah atas 38 dakwaan gangguan seksual, cubaan merogol dan seks diluar tabii ke atas anak sulung perempuannya yang berusia 14 tahun. Jahatnyaaaaa

Menurut NST, Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman ke atas penjual burger ini selepas lelaki ini mengaku bersalah melakukan semua kesalahan tersebut ke atas anaknya sejak budak ni berusia 12 tahun lagi.

Pada hematnya, Yong Zarida juga mengarahkan tertuduh untuk menjalani kaunseling selama 10 tahun dan berada di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas dia bebas.

Bapa kepada lima orang anak ni mengaku bersalah melakukan 26 gangguan seksual, 4 cubaan merogol dan lapan seks diluar tabii ke atas anak perempuannya itu di rumah, di dalam kereta dan di bilik hotel di Puncak Alam.

Image 3
Sumber: utusan

“Mangsa perlu bertarung untuk pertahankan dirinya dari dirogol bapanya hingga budak ini cuba untuk bunuh diri beberapa kali.” – Pendakwa Raya, Norazalina Razali.

Norazalina juga meminta supaya hakim tak mengambil kira perasaan menyesal bapa ini kerana pada Oktober 2018 tahun lepas, mangsa telah memberitahu ibunya tentang perbuatan keji bapanya dan lelaki ni berjanji untuk tak buat lagi namun memungkiri janji dan terus merogol anaknya hingga ditangkap.

Menurut fakta, pada 7 Julai 2017, tertuduh telah cuba untuk merogol mangsa dengan memaksa dirinya ke atas budak ini ketika mangsa sedang tidur tapi tak berjaya.

Mangsa juga mengaku telah diserang oleh bapanya sejak dia berusia 12 tahun apabila ahli keluarga mereka sedang tidur atau tak ada dekat rumah.

Kalau korang nak tahu, bapa ini meminta mahkamah untuk ringankan hukuman atas alasan dia mempunyai anak yang masih bersekolah dan dua lagi masih sangat kecil. Fyi, masa admin tulis part ni, admin tak boleh stop rolling my eyes. Urghhh

Saya jual burger dan pendapatan saya hanya RM90 sehari. Isteri saya pula tak bekerja dan saya tak ada simpanan. Saya menyesal dengan perbuatan saya dan saya nak bertaubat.”

Bak kata orang, sesal dulu pendapatan. Patutnya dia bertaubat masa dia terfikir nak buat benda ni, ni bila dah kena hukum baru nak menyesal. Masa kantoi first time tu takde pulak nak fikir semua ni.

 

Baca: “Bapa durjana!” – Lelaki 61 Tahun Rogol Anak Kandung OKU, Lepas Tu Bagi Kawan Pula ‘Ratah’

Screenshot 2019 07 24 At 12.57.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.