in

“Marhaban tiba, marhaban tiba..”- [VIDEO] Lawak! Penyanyi Confident Menyanyi Walau Salah Lirik, Tengok Ni

Fi Tiba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiap kali nak menjelang bulan puasa, mesti lagu Ramadan Tiba nyanyian penyanyi Indonesia Opick, menjadi dendangan ramai.


Sebabkan terlampau popular, ramai juga yang membuat parodi menggunakan lagu tersebut. Tiba-tiba Ramadan haa gituuu.

Walaupun dah popular, lagu tersebut masih lagi menjadi cabaran bagi sesetengah penyanyi untuk menyanyikannya dengan elok.

Seakan sama dengan cerita penyanyi dangdut Indonesia ini, apabila dia dilihat berdepan kesukaran membawa lagu tersebut.

 

“Marhaban tiba, marhaban tiba”

Baru-baru ini telah viral apabila seorang penyanyi dangdut Lis Dahlia, yang telah tersalah lirik menyanyikan lagu itu. Salah tu takpelah, tapi…

Perkara itu terjadi di sebuah rancangan TV live di Indonesia. Dia yang tersalah hingga menyanyikan ‘Marhaban tiba’ berbanding lirik asalnya ‘Ramadan tiba’.

Disebabkan kesalahannya secara berulang kali, ia dianggap lucu dan menjadi bualan ramai.

Melalui perkongsian di akaun TikTok @herwinalnurdini, video tersebut sehingga kini telah meraih lebih dari 6 juta views.

@herwinalnurdini

Marhaban tiba … #RaihIkhlasChallenge #marhaban #iisdahlia

♬ original sound – Herwin Ali Nurdini – Herwin Ali Nurdini

Korang nampak kan, betapa yakinnya dia. Bila dia perasan, terus cepat-cepat dia betulkan balik.

Mesti korang nak tengok video penuh kan? Rilekk ada disediakan ni.

“Tiba-tiba marhaban”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi penyanyi itu. Ada juga yang bergurau, merasakan marhaban tiba sebagai satu trend yang baru.

Reak Tiba 1 Edit

Reak Tiba 3 Edit

Reak Tiba 4 Edit

 

Takpelah mungkin dia terlupa ke, biasa lah tu manusia kan tak pernah lari melakukan kesilapan. Tak gituu?

Sumber : TikTok, Youtube

 

Baca ; Diet Tak Makan Nasi 2 Tahun, Penyanyi Dangdut Koma, Lumpuh Seluruh Badan

Foot Tiba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.