in

“Mao tengo you sayang” – Wanita Diganggu Lelaki Warga Asing, Dapat Nombor Dari Buku Daftar Sebelum Masuk NSK Selayang

Featured Image 8

Semenjak dalam tempoh PKPB ini, orang ramai yang keluar membeli belah diminta untuk memeriksa suhu badan dan mendaftar maklumat peribadi sebelum masuk ke kedai.

Walau bagaimanapun,  hal ini telah menyebabkan seorang wanita diganggu oleh warga asing yang mengaku mengambil nombornya di buku pendaftaran itu.

Menerusi akaun Facebook Nurhas Nhz, dia telah memuat naik conversation yang dihantar oleh lelaki warga asing itu. Lebih menakutkan, lelaki itu siap nak video call.

Song1

Menurut Nurhas, waktu itu dia sedang keluar bersama suaminya untuk pergi ke supermarket di Selayang. Sebelum masuk biasalah kena tinggalkan maklumat peribadi dahulu di dalam buku pendaftaran.

Ketika sedang membeli belah, warga asing itu mula menganggu dia.

Warga2

Gangguan lelaki warga asing tu tak henti di situ, keesokan paginya lelaki itu masih cuba untuk video call wanita ini. Weys sumpah stress pagi-pagi dah kena kacau.

Asing3

Warga3

Ketika sedang membuat pemeriksaan CCTV, waktu pertama kali lelaki itu membuat panggilan sebenarnya dia dekat je dengan wanita itu. Apa yang menyeramkan lagi, ketika di dalam pusat beli belah tu lelaki ini follow je mana wanita itu pergi. Memang psycho…

Asing5

Nurhas sudah pun membuat laporan polis, dia juga berharap kaum wanita diluar sana berhati-hati ketika sedang membeli belah.

Asing6

Memang bahaya sekarang ni, jadi kalau korang especially kaum hawa nak pergi mana-mana tolonglah bawak peneman ok. sekarang dah boleh keluar berdua.

 

Baca: “Nasib baik bukan king cobra” – Tulis ‘Boots Bola’ Dekat Parcel, Rupa-Rupanya Pengirim Pos Ular Sawa

Annotation 2020 05 21 101607

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook