in

Mangsa Terselamat Nahas 6 Sekeluarga, Adik Abdullah Kini Makin Pulih & Dah Boleh Bercakap

Untitled Design 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kita diuji dengan pelbagai ujian, keteguhan hati dan mental amat dititikberatkan kerana ia bakal jadi pencetus untuk kita bangkit dari segala masalah yang dihadapi.

Baru-baru ini, Abdullah, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas enam sekeluarga pada 1 September yang lalu telah dilaporkan sudah boleh mula bercakap.


Perkara itu telah dikongsikan oleh abangnya, Abdur Rahman menerusi video TikTok yang mengatakan adiknya sudah makin sihat dan mampu bercakap secara beransur-ansur dengan bantuan orang sekeliling.

Artikel berkaitan: Nahas 5 Kenderaan: Arwah Mahu Gambar Beramai-ramai Buat Kenang-kenangan Jika Pergi Dulu

Abdur Rahman turut berkongsi kisah ketika mereka bertemu dengan doktor yang merawat adiknya itu di Hospital Segamat.

“Semalam ketika janji temu dengan doktor tekak, doktor kata awak dah boleh makan piza dah nanti. Wah kemain (bukan main) dia suka…lepas itu naik saja ambulans, terus dia cakap ‘duo (Abdullah) dah boleh makan, duo nak KFC.”

Sebelum ni, Abdullah hanya mampu makan makanan yang lembut seperti bubur dan juga air susu. Namun selepas diizinkan doktor, terus adiknya dikatakan mengidam makan KFC dengan abangnya. Kebetulan abangnya ada di luar, jadi sempatlah dia belikan adiknya makanan yang diinginkannya itu.

Artikel berkaitan: “Jadilah Anak Solehah” – Coretan Ibu Di Quran Adik Buat Abdur Rahman Menangis

Video yang meraih lebih 38,000 tanda suka itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersyukur dengan kesembuhan adik Abdullah dan turut menitipkan doa kepada dua beradik itu.

Apa-apa pun, kita terus berharap agar adik Abdullah semakin pulih seperti sedia kala. Amin.

Sumber: Harian Metro

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.