in

“Mangsa kini di hospital” – Polis Sahkan Terima Laporan Murid Darjah 1 Dip*kul Murid Darjah 3

syaz ft 2025 10 17T162907.907

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden seorang murid Tahun Satu dipukul oleh pelajar Tahun Tiga di kantin sebuah sekolah di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan itu dibuat oleh ibu mangsa pada 15 Oktober lalu, kira-kira jam 9.51 malam.


Artikel berkaitan: Tular Gambar Murid Perempuan Cedera Di Kepala, Rupanya Bukan Dip*kul Tapi Cedera Ketika Bermain

Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan 2 Direman 4 Hari, Didakwa Lakukan Amang Seksual Kepada Rakan Sekolah

“Dalam laporan berkenaan, dinyatakan bahawa mangsa dipukul ketika berada di kantin sekolah sekitar jam 3 petang pada Rabu lalu. Mangsa kini dirawat di Hospital Shah Alam dan berada dalam keadaan stabil.

Siasatan mendapati, murid berkenaan dipukul oleh dua murid Tahun Tiga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta tahap kecederaan yang dialami mangsa.

murid dipijak

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang murid lelaki Tahun Satu mendapatkan rawatan di hospital selepas dipercayai menjadi mangsa buli oleh tiga murid Tahun Tiga ketika waktu rehat, Rabu lalu.

Bapa mangsa mendakwa anaknya dipijak berkali-kali di perut, dada dan kaki, selain mulutnya ditekup oleh murid tahun tiga.

Menurutnya lagi, dalam kejadian yang berlaku ketika waktu rehat itu, anaknya turut diugut akan dicekik oleh salah seorang pelaku sekiranya melawan.

Seorang lagi murid dipercayai bertindak sebagai pemerhati, manakala pelaku ketiga cuba menconteng baju mangsa.

Bapa mangsa turut dimaklumkan bahawa hidung anaknya berdarah selepas kejadian tersebut. Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dikesan dan laporan polis telah dibuat.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.