Isterinya telah menghadap ilahi, jadi pastinya apabila suami megimbau balik kelakuannya pasti mula sedar yang seolah-olah arwah isterinya ada memberi petunjuk yang arwah isterinya yang tercinta itu kembali kepada-Nya.
Mohd Saat Isa, ada konhsikan kata-kata terakhir daripada arwah isterinya yang dirakamkan secara kebetulan sebelum meninggal dunia. Kata-kata itu ternyata memang benar menjadi kenangan buatnya.
“Rakam, buat kenangan untuk tahun depan. Manalah tahu kalau takdir saya pergi dulu, ada juga kenangan.”
Menurut mStar Online, rakaman video tersebut dirakamkan pada Hari Raya kedua lalu semasa mereka berdua dalam kereta. Kata lelaki berusia 41 tahun yang lebih mesra dengan panggilan Bob ini, dia menyedari kewujudan video terserbut sewaktu isterinya dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung.
“Masa tu hari ketiga arwah isteri terlantar di hospital, saya periksa telefon dia dan terjumpa video tu. Memang saya berada dalam kereta ketika itu, tapi kerana melayan isteri sambil memandu, saya tak sedar pun yang dia rakam video.”
Katanya, arwah isterinya itu sebenarnya tidak suka menghadap kesesakan lalu lintas walaupun dia yang memandu kerana arwah isterinya kata ia memenatkan. Apatah lagi masa waktu raya.
“Tapi peliknya dia ajak saya keluar petang raya tu. Katanya bosan, jom nak menghadap jammed. Selalunya jammed dia memang tak nak naik kereta.”
@bobsaat3 doakan untuk isteri saya yang telah kembali ke rahmatullah.. semoga Nazira binti Hashim di tempat kan bersama orang-orang yang beriman aminnn….
Berkenaan dengan video tersebut, Bob akui yang dia terkejut apabila mendegar kata-kata itu dan tidak menyangka yang ia ternyata menjadi kenangan bersama isterinya yang meninggal dunia pada 12 Mei lalu, 8 hari selepas dimasukkan ke hospital.
“Allahuakbar, luluh hati saya masa dengar apa yang dia cakap dalam video tu. Di saat itu dia tengah menghadap sakit dengan keadaan tak sedar, dan selepas itu ditidurkan.”
“Tak sangka apa yang dikatakannya sebagai gurauan itu menjadi petanda. Mungkin dia dapat rasa akan pergi, saya tak tahu.”
@bobsaat3
Dalam pada itu, Bob menceritakan bahawa dia dan arwah isterinya Allahyarham Nazira Hashim, 37 diuji sejak awal perkahwinan.
Mereka berkahwin pada tahun 2015, arwah isterinya itu disahkan menghidap penyakit kencing manis dimana harus jalani pembedahan potong sebelah kaki pada tahun 2016 dan tahun berikutnya potong sebelah kaki lagi.
Kemudian, arwah isterinya ada masalah buah pinggang dan perlu dialisis setiap minggu. Bagaimanapun, Bob menyatakan, walaupun dah bergelar OKU dan terhad pergerakan, arwah isterinya sedaya upaya berdikari dan pada masa sama amat mengambil berat mengenai dirinya.