in

Mampu Terjemah Punca Bayi Menangis, Peranti Pintar Ini Bakal Jadi ‘Best Friend’ Ibu Bapa Baru

F3 Bnqb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk pasangan suami isteri yang baru menimang cahaya mata, mesti ada ketikanya yang anda dan pasangan pening kepala apabila tengok bayi anda yang baru lahir sering menangis. Dah bagi susu, lampin pun dah tukar, dah gendong tapi baby tetap menangis.


Jangan risau sebab kini, sebuah alat peranti pintar yang dikenali sebagai Qbear direka dengan kelebihan di mana ia mampu menterjemah sebab atau punca mengapa bayi anda menangis.

8 1

Menurut Mail Online, peranti Qbear itu mempunyai perisian di mana ia boleh menganalisa sama ada bayi anda yang sedang menangis itu lapar, penat, perlukan ditenangkan atau lampinnya kotor.

Difahamkan, analisa itu boleh dibuat dalam masa 10 saat sahaja dan keputusan analisa itu tepat hingga 98 peratus tau!

Alat peranti pintar itu juga boleh disambung dengan aplikasi khas yang akan memaparkan tahap keselesaan bayi dan suhu ruang bayi anda berada.

Ibu bapa akan menerima notifikasi tentang keadaan terkini bayi mereka.

Buat masa ini, alat Qbear sedang dipamerkan di Consumer Electronics Show di Las Vegas.

Untuk pengetahuan semua, pertunjukan barang elektronik ini mempamerkan teknologi dan produk terkini dalam industri berkenaan.

9 1

Alat Qbear itu juga boleh dipasang di katil bayi, pada stroller atau pada buaian bayi. Apabila si comel menangis, ia akan menghantar maklumat yang telah dianalisa kepada aplikasi tadi menerusi notifikasi.

Menurut CEO Quantum Music yang menghasilkan Qbear iaitu Hikari TSAI, pihak mereka menghasilkan alat itu untuk membantu ibu bapa untuk faham sikap bayi mereka kerana menjaga seorang bayi bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya kepada mereka yang baru bergelar ibu bapa.

Sumber: Mail Online, Qbear Video

Baca: Bayi Kritikal Lepas Airbag Meletup, Ini Sebab Kenapa Tak Boleh Letakkan ‘Baby Seat’ Kat Kerusi Depan

7 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.